Pages

  • Home

Follow

AMIRAH AZHARI


Kenapa nak beli borang SSM?
I tak pasti untuk orang lain but i beli borang SSM untuk kegunaan rasmi.


  • untuk apply loan or dana kerajaan
  • saman
untuk you nak saman sesebuah perniagaan, you perlukan nama details pemilik dan alamat orang yang you nak saman tu. contoh, i beli barang online. barang i terima rosak. seller enggan bertanggungjawab. i nak saman seller tu. untuk i hantar surat saman, i perlukan nama seller dan alamat seller. so, i cari SSM dia, beli SSM dia, kemudian hantar surat saman kat alamat yang di daftarkan atas SSM dia.


Kenapa tak guna borang SSM yang sedia ada semasa renew SSM?
I wonder the same thing too. untuk apply dana, sesetengah agensi tidak terima scan SSM documents yang kita terima semasa kita renew SSM.



Tak boleh ke tengok details pemilik perniagaan kat website sahaja tanpa membeli?
tidak boleh. bila you click nama company tersebut, tidak akan keluar the details. details semua akan keluar apabila you membeli documents itu sahaja.


*****

so, lets go. Ini adalah cara untuk membeli company documents di https://www.mydata-ssm.com.my


Ini adalah website utama. 
Bahagian atas kanan, ada button untuk sign up for 1st timer.








Dibahagian tengah website, ada ruangan 'search'. Type company apa yang hendak di cari.





Bila click nama company, akan keluar page ini. Ini adalah di bahagian 'Business Profile'.  Ada details perniagaan (alamat perniagaan) dan juga details pemilik peniagaan.





Ini pula adalah bahagian 'Business Certificate'. ada sijil SSM.




I put both Business Profile and Business Certificate sebab nak beli dua-dua.





Summary of your cart. Kalau semua nya ok, boleh click 'go to checkout' untuk membuat bayaran.






Isikan details payment.





Pilih bank mana yang you gunakan. dan buat bayaran. semua jenis bank ada but in my case, i bayar guna maybank2u














Payment berjaya!





Di bahagian 'Document Output' tu, boleh click untuk download the document you beli tadi. Document hanya akan di simpan selama 7 hari sahaja di sini. oleh itu, sila download document you, ok?





ok siap! ini adalah contoh documents you download tadi. boleh lah email kepada agensi yang berkaitan. 





thanks all! thanks for reading. xoxo



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Meh la aku cerita tentang aku hantar steam iron aku ke pusat service Philips. Post travel lain aku malas nak update, sebab mood takde. sorry! tengok la, ada masa nanti, i update ye.


so, weekend hari tu my steam iron tetiba tak keluarkan steam. Iron tu masih panas but without the steam, pakaian still akan kedut. useless lah kalau begitu. senang je nak cari tempat ini, kat PJ. 

Lot 2C, Jalan Kilang 51/206, Seksyen 51, Petaling Jaya, Selangor

I got there Monday (24 Feb 2020) afternoon, was greeted by a very helpful staff.  Ada computer where you kena masukkan nama and your phone number, then akan generate number giliran. kena catat or take photo sendiri number giliran, to save paper! cool!




Lepas ambil number giliran, tunggu for your number. Semasa i datang, tak berapa ramai orang. 
I got the same staff yang greet i masuk tadi. Chinese guy, di kaunter number 4. pantas betul dia buat kerja. Tiba giliran i, dia catat number siri di bawah iron. Then started to key in some data.




This is my iron. Meh la i cerita sikit ye, sebab i agak berpuas hati la dengan iron ni, hahahaaaa! I got this in 2018, for FREE. yes, FREE. Philips hantar iron ni kat aku untuk aku guna and suruh bagi feedback. As part of their survey. so when i got this iron, i just receive the iron sahaja tanpa board + tanpa apa apa document atau pon warranty.

  • Tidak perlu tukar temperature. Iron lah material apa pon, cotton ka, jeans ka, tudung mahal ka, tekan je 1 butang then dia akan adjust sendiri temperature. 
  • No burning. maksudnya, time ko iron tu ko letak je iron tu atas baju, memang tak akan berlubang iron board ko or baju ko. canggih kan!
  • Kalau terlupa tutup, iron akan auto tutup selepas beberapa minit. 
  • Easy gliding. nak iron, smooth je!
  • Boleh iron baju yang tergantung, tak semesti nya iron atas board.



so, masa i hantar tu i tak ada apa-apa document. but bila the staff check dalam their system, rupa-rupanya, iron tu under warranty lagi, 24 bulan.

Malam pada hari yang sama i hantar, i dapat SMS mengatakan iron dah siap repair dan boleh collect esok. Esok nya pula, i dapat whatsapp pula, inform suruh collect.


Hari ini, Rabu (26 Feb 2020) i datang lah collect. Masalah iron i tak keluar steam, sebab ada benda hitam apa ntah dalam iron tu rosak. tu je. dah di perbetulkan dah. 

Pada masa yang sama i collect iron i, i datang sekali bawa iron kawan mama juga. Iron dia pon sama, steam tak keluar.  Hari ini i datang, ramai pula orang kat sana, kebanyakkan masalah yang sama, steam tak keluar.   =(




but iron kawan mama ni, dah habis warranty. so kalau you bawa steam iron you yang sudah habis warranty, staff akan dapatkan owner punya name + phone number + addresss

kemudian dia akan tanya, bersetujukah untuk repair jika kos repair bawah RM300? kalau setuju, boleh hantar repair. jika tidak setuju, then boleh la bawa balik iron tu. tu je.

kalau tak silap, market price iron ni around RM1.7K kot. sekarang dah turun harga sikit lah sebab ada modal baru. kalau repair around RM300, ok lah ek? ntah la.

Time i datang tu, i tak ada details owner (kawan mama). contacted dia few times but tak berangkat. so staff kata, dorang terima je iron tu, then akan check the problem. then staff akan call the owner untuk confirmkan nak repair ke tak.




thats all!  xoxo




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hello! Post ini adalah tentang my recent trip to Hat Yai, ikut travel agent. Trip adalah daripada Semenyih - Hat Yai. I will try to write everything i remember, ok? apa yang di tulis dalam post ini nanti hanya lah pandangan peribadi saya sahaja  :)


Kenapa travel agent? I thought you dont like going with agencies?
This was actually my sis's trip with her friend. Bulan lepas tak ke mana-mana, so join la sekali. Mind you, kalau you naik flight, harga flight sahaja beratus-beratus, Air Asia pula tu. Tak termasuk luggage dan makan. Tak berbaloi langsung nak pergi Hat Yai but harga flight dah macam nak fly ke luar Asia.

kalau you suka trip ramai-ramai sesuai la pergi dengan travel agent. setiap tempat stop, dorang akan suruh bergambar ramai-ramai sambil pegang signboard travel and tour dorang, ehehee'

Harga package?
RM289 per pax. Trip adalah under Rantau Warrior Travel and Tour. Itinerary berubah ikut keadaan.


Seminggu sebelum trip, agen akan buat whatsapp group. Senang untuk communicate nanti. Seat juga di tetapkan oleh agent siap-siap ketika group whatsapp diwujudkan.



Berkumpul pukul 8 pm di Masjid Semenyih. Bus nya datang tepat pada masa, efficient. Sepanjang trip, tiada masalah delay langsung. Dalam bus, agent edarkan kek gula hangus dan air mineral.  sedap kek nya, serious. 

Bermula dengan name check, kemudian sedikit taklimat dan memperkenalkan setiap agent, seramai 4 orang untuk trip ini. Ubat mabuk pon di berikan sebelum bertolak, bagi yang minta. Plastik kosong pon ada untuk membuang sampah dan muntah.

Pukul 8.30pm, bus berhenti di Batu 9 untuk ambil lagi passenger.

Hentian pertama adalah di RnR RTC Perak untuk solat Isyak.

Hentian ke-2 adalah di Masjid, daripada 5-7am, untuk solat subuh, tukar baju dan perkemaskan diri. Tidak mandi.

Pukul 7.30am, kami sudah sampai border Malaysia Thailand. Kebiasaannya kita akan masuk melalui bukit kayu hitam atau padang besar, tapi di sebabkan time ini adalah time cuti bagi Malaysia, so kitorang masuk melalui Durian Burung. dan trip adalah ke Songkhla dahulu, baru ke Hat Yai.  Kita punya immigration kat sini cantik betul berbanding border immigration Thailand. Jauh beza.

8am kami start queue untuk cop passport. Sekejap sahaja, dalam 20 min beratur dan cop.


Kemudian ke border Thailand pula, juga sekejap sahaja. dalam 15min settle semua.




1st stop adalah, Tang Kuan Hill.
Agent tetapkan 1 jam untuk kita spend time di sini.

kalau you pergi sendiri tanpa agent, avoid pergi time banyak tour bus datang. sebab nak naik lif ke atas ini, lambat. lif nya agak slowwww. 


kat atas ada tokong Buddha, lighthouse dan boleh nampak bandar Songkhla.






kemudian, ke Kepala Naga, Samila beach. sekejap sahaja di sini, around 15mins just for photos. lagipon cuaca panas sangat time tu. 


Next, ke mermaid. spent around 1 hour here, till 1.40 pm. Ada kedai-kedai untuk kita jalan-jalan di sini. Pantai sini meriah sikit. ala-ala Port Dickson kalau kat Malaysia.


The queue to take photo with the mermaid statue. Malas la aku nak beratur. 


Next, singgah solat di masjid.
Next, singgah to another masjid. Masjid Wilayah untuk bergambar. time ni dah start hujan renyai-renyai.


Lunch! steamboat.  230 baht per pax = RM30 seorang. sebelum datang sini, macam tak puas hati gak sebab mahal semacam. and dah la harga tidak termasuk dalam pakej. kena bayar sendiri. but bila dah lapar dan makanan pon banyak pilihan, heaven sangat rasanya. puas hati makan kat sini. berbaloi.








heres the place kalau you nak datang sini juga. habis makan, check in hotel. semua nya smooth. process check in, di uruskan dengan baik by the agents.




Malam adalah free dan easy. Boleh pilih untuk ke Asean Market atau Lee Garden or mana mana tempat lah kau nak pergi. For my family, we love markets! Tuk tuk daripada hotel ke market adalah dalam 20 baht per pax. Kami ke Asean Market dahulu, sebab waktu operasi Asean Market tutup lebih awal berbanding Lee Garden.

Asean Market ni macam pasar Chatuchak, di Bangkok cuma size nya kecil sikit. Chatuchak tu berganda lagi besar. Sini banyak jual baju. Ada 2 tingkat. Tingkat atas, ada makanan rasanya but i tak pergi tingkat atas. sebab ntah la. i malas kot time tu nak jalan jalan. mood i memang lari kot time trip ni, ntah kena sampuk apa pon taktau la.

Antara 2 market ini, i lebih prefer Lee Garden.




Gambar bawah adalah di Lee Garden pula. Lee Garden ni macam pasar malam yang panjang.  Sini kalau nak urut, memang FULL GILA. dan bercampur laki perempuan. jenuh nak cari tempat urut. end up tak pergi urut pon, sebab semua tempat full!




Dinner udang galah. udang adalah separuh masak. bila kau order, dia akan goreng lagi sekali.
ada banyak size. yang size besar 500 baht per pinggan, dalam RM67 begitu lah.



ramai gila. meja ada beberapa ketul je but orang nya ramai. kalau nak dapat meja, kena tunggu. ktorang dapat meja sebelah kuali. bayangkan lah minyak merecik2 ke kepala. haha




Our room! alhamdulillah hotel yang di sediakan memang bersih dan selesa. ruang pon luas. 1 bilik 2 pax. ada tv, dapat TV3. Nama hotel adalah Sakura Budget.

cuma kalau backpackers, tak berapa sesuai duduk sini sebab location nya bukan dalam kawasan walkable ke market. kena ambil tuk tuk.





ok thats all for my 1st post on Hat Yai. akan tulis lagi in another post on Day 2, ok?
xoxo



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
BUKIT JUGRA, BANTING



All photos are by,.. me. I decided to blog about Bukit Jugra, sebab i once google about it then tak banyak info yang jumpa. Lagipon, i am a local here. I think it is my job untuk promote my small lil town Banting. 

Safe for solo female hikers or beginners?
Tidak ada siapa yang akan galakkan you masuk hutan secara solo, it is advisable untuk berteman. but, yes. setakat i pergi naik solo, it is safe. It is better you go on weekends, di mana you tahu akan pasti ada hikers lain yang naik juga.  Kalau weekdays, takut terlalu sunyi and in case anything happens to you, susah pula nanti.

Trail pula jenis trail yang terang dan nyata.

Ada 3 jenis cara nak naik Bukit Jugra
  • Jalan tar  (4km return)
  • Long Trail (hampir 2km)
  • Short trail (1km+)
Selain daripada 3 cara ini, mungkin ada cara lain yang other locals tahu, but setahu i, ini sahaja cara nya.


How to get here?
Try to waze Bukit Jugra. or kalau you nak naik ikut trail, can waze Masjid Al-Muttaqin Permatang Pasir, Jugra, Banting. Biasa i akan datang pukul 7am. sedang elok matahari baru nak naik, so cuaca pon tak panas.

Ada anjing?
Ada. banyak. but bukan anjing liar yang ganas and they are not in group. You tak kacau anjing, anjing tak akan kacau you.


How many litres of water should you bring?
I usually bring my 250 ml soft flask for 1 loop = 7km. It should be enough. You do not want to over drink, takut senak perut. Unless i want to do 1 loop + short and long trail = 11km, then i need 1L.

For this post, i naik melalui LONG TRAIL > LIGHT HOUSE > turun JALAN TAR > naik SHORT TRAIL > turun LONG TRAIL, so that you dapat gambaran semua jalan. Total mileage adalah dalam 11 km, dalam 3 jam, bagi pace slow. 

For 1st timer, i cadangkan you ikut marking yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), or ikut je mana mana hikers yang naik dengan you sekali. 


contoh marking yang disediakan MDKL.



Sebelah kiri, adalah Masjid Al-Muttaqin 
Permatang Pasir


Biasanya orang akan start park depan kawasan masjid or depan kedai-kedai kayu hadapan masjid juga. 


Naik melalui jalan ber tar ke tangki pam air. hujung sekali, turn left. akan nampak sign board starting point.





Dalam 5mins hike melepasi tangki pam air, akan jumpa cabang short trail or long trail. For this post, i naik long trail, sebelah kanan. Long trail lebih santai, ada kala mendatar, adakala mendaki naik. 

Untuk yang nak train untuk event trail run, boleh ikut long trail. atleast you boleh berlari.

Apabila you sampai di simpang ini (gambar bawah), akan ada 2 cabang. Kalau you ikut marking MDKL, akan membawa you ke meeting point. Tetapi, kalau you terus, tidak ikut marking MDKL, you akan terus ke kawasan lapang kem.

For 1st timer, i cadangkan you ikut kiri, ke meeting point.



Gambar bawah, apabila kita naik ke kiri. ke meeting point.





MEETING POINT!   =)
i was here during the weekends, Saturday. biasanya ramai but hari tu sunyi pula.


kalau you naik melalui long trail, you akan sampai meeting point. daripada situ, akan ada 2 jalan.

kiri        - turun bukit melalui short trail
kanan    - ke light house.



teruskan perjalanan ke lighthouse.



Di penghujung, you akan sampai di sini. Ada 2 cabang.

Kiri        - ke light house Jugra
Kanan    - kawasan lapang kem



Ini adalah kawasan lapang kem. Tiada apa-apa pon di sini. ada banyak monyet hitam. Biasa nya orang akan datang sini, berkumpul then borak-borak kemudian, patah balik turun semula.


Jika di cabang tadi, you ambil ke kiri, ke arah light house, you akan jumpa 1 lagi cabang. 

Kiri       - patah balik ke meeting point ikut jalan   
              yang berlainan.
Kanan   - ke light house




Ini adalah laluan jika you pilih cabang ke kiri, you akan lalui trail seperti dalam gambar di bawah, terus patah balik ke meeting point.




Ini pula laluan kalau you pilih cabang ke kanan, ke lighthouse. Inform awal-awal, yang laluan di sini sempit dan curam. Tidak di galakkan berlari (trail run) di sini, sebab kalau tersalah langkah, jatuh dalam curam bawah tu.








Hampir di penghujung trail, mendekati pagar kem akan lalu semak samun. Just be careful here.


Di penghujung trail, you akan sampai di pagar kem. You akan keluar dekat arrow, dalam gambar di bawah. Daripada sini, sampai lah ke bawah jalan utama, semuanya adalah jalan bertar, tiada lagi trail.
Starting di sini, akan ramai orang dah. Sebab usually people akan naik Bukit Jugra melalui jalan tar berbanding trail.




Sampai lighthouse. Kat sini lah ada activity paragliding. I pernah cuba sekali je, best juga.



Kalau penat, boleh stop bergambar kejap. Nampak sungai + Pulau Carey + Jerat Cina.



Ini adalah starting Jalan tar. biasanya orang akan parking di bawah sini. Kalau you taknak naik melalui trail, dan nak start melalui sini, daripada sini sampai ke pagar kem adalah dalam 4km return.




Then, daripada sini sampai lah balik semula ke Masjid Al-Muttaqin Permatang Pasir, adalah dalam 3km. 

Gambar di bawah adalah naik trail melalui short trail pula. Terang dan nyata trail nya, di bantu oleh tali and marking.




Thats all! harap membantu. happy hiking!  ;)
xoxo



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

MIRA
Selangor, MY

say HELLO!
+6017 6229335
DM Instagram @amirah.azhari


Whatsapp me any questions for fast reply or.. just say you read my blog will definitely boost my mood to write more!

Please note that i cannot reply your comment on my blog, because of the blog setting.





recent posts

Popular Posts

  • POSLAJU: Complain + Respond
    Hi,  SELAMAT HARI RAYA EVERYONE! maaf zahir dan batin. Last year, i wrote about my baju raya that i bought from Fashion Valet. this year, i...
  • ETIQA Travel Insurance
    Hello, this post it about travel insurans. Ini adalah 1st time beli travel insurans, so if you whatsapp me to ask more question, mungkin i ...
  • MY DATA SSM - Cara Membeli SSM.
    Kenapa nak beli borang SSM? I tak pasti untuk orang lain but i beli borang SSM untuk kegunaan rasmi. untuk apply loan or dana keraja...
  • Nusa Penida, Bali.
    BALI TRIP! but this time focus pergi ke Nusa Penida. Ticket flight. I beli tiket flight di Expedia, melalui Skyscanner. I love sk...
  • Bukit Jugra Trail Guide
    BUKIT JUGRA, BANTING All photos are by,.. me. I decided to blog about Bukit Jugra, sebab i once google about it then ...
  • Philips Consumer Care, Malaysia
    Meh la aku cerita tentang aku hantar steam iron aku ke pusat service Philips. Post travel lain aku malas nak update, sebab moo...
  • Masjid Di Guangzhou
    Masjid di Guangzhou.  sebelum bertolak ke Guangzhou, aku google ada 2 masjid yang famous. and visiting mosque in every place i travel...
  • Pulau Mabul, Sabah
    MABUL ISLAND 11 - 14 December 2018 DISCLAIMER: everything in this post is my point of view as orang luar My first time beli...
  • JORDAN TRIP: PETRA
    Petra! so excited to start on this,,, so here we go. Kawasan Petra ini besar. But still, if you are fit enough, it is walkable. Lag...
  • IKEA MALAYSIA: EXCHANGE AND RETURN.
    Siang tadi aku pergi IKEA Damansara, sebab salah satu skru pada cart yang aku beli bulan March lepas hilang. yes, benda ni hampir 3 b...

Categories

  • airasia (15)
  • airbnb (2)
  • albania (1)
  • ampang (2)
  • Bali (5)
  • balkan (20)
  • bank (1)
  • beach (5)
  • beauty (19)
  • bosnia (4)
  • cafe (4)
  • camping (2)
  • car rental (2)
  • china (7)
  • croatia (3)
  • czech republic (2)
  • dive (1)
  • driving (1)
  • facial (1)
  • family (42)
  • food (20)
  • foot spa (2)
  • footspa (1)
  • friends (21)
  • general info (13)
  • greece (5)
  • guangzhou (9)
  • hi tea (3)
  • hike (9)
  • hostel (13)
  • hotel (17)
  • hsbc (1)
  • ikea (1)
  • Indonesia (11)
  • island (7)
  • istanbul (1)
  • Jakarta (5)
  • Jordan (6)
  • kelantan (5)
  • koh samui (2)
  • kota bharu (1)
  • krabi (5)
  • kuala lumpur (18)
  • langkawi (1)
  • makeup (10)
  • malaysia (32)
  • malaysia airlines (4)
  • manicure (3)
  • maybank (1)
  • medan (1)
  • movie (2)
  • nizhny novgorod (2)
  • online purchase (3)
  • outdoor (13)
  • pedicure (3)
  • prague (2)
  • pulau (18)
  • russia (2)
  • santorini (3)
  • scam (1)
  • selangor (9)
  • shopping (18)
  • skincare (5)
  • slovenia (3)
  • spa (10)
  • terengganu (5)
  • thailand (5)
  • travel (76)
  • turkish airlines (1)
  • water rafting (1)
  • waterfall (6)
  • western food (2)
  • workshop (1)
  • zakynthos (2)

Blog Archive

Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes