Few photos from my Jordan trip, last February. beli tiket last min, dalam bulan February tu juga, kira-kira RM27++ per pax, tak silap. menangis juga lah gaji aku, sebab kalau beli tiket awal-awal, boleh dapat lebih murah :)
Naik Qatar, cheapest among all. paling mahal Royal Jordanian, hampir rm14k for 3 pax. gugur jantung!
Our route. Kuala Lumpur > Qatar > Jordan.
1st time naik flight, dapat tempat duduk belakang, dekat dengan engine. bising nak mampus. Return tu terus check-in awal-awal, pilih seat tengah. taubat kauu jah! berjam-jam dalam flight, bunyi engine je.
but Qatar ni, yang aku perasan landing nya sangat smooth. kt udara macam bergoyang-goyang, bila landing, tak terasa langsung.
Sampai Qatar tengah-tengah malam, so takde chance untuk keluar and teroka the country. transit 12 jam taksilap, tak dapat hotel pula tu.
call Qatar Malaysia untuk book hotel punya lah tak dapat. email pon tak di bagi nya dalam website. -,-
end up tidur je di kerusi. ada kawasan khas untuk tidur percuma disediakan, but faham-faham jelah kalau tidur di airport, sejuknya macam di kutub utara. berganda lebih better tidur di kerusi walaupon tulang belakang rasa macam patah seribu.
HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT
Airport nya sangat besar. bagaikan 3 airport digabungkan dalam 1 airport. sempat juga aku ronda sorang-sorang semasa transit tu.
kongsi 3 orang. ini je mampu and rasa berbaloi bila semua benda kena bayar dalam dolar. nak beli air pon pusing cafe 3 round, semata-mata fikir berbaloi ke beli orange juice botol kecil for 4usd.
penyakit orang ke luar negara bila convert RM ke USD bila nak beli barang :)
luas kan? bahagian atas tengah bina macam monorel.canggih. pekerja airport SANGAT RAMAI. setiap seorang pekerja, di setiap kawasan.
1 pekerja di surau
3-5 pekerja di setiap toilet.
bayangkan betapa BERSIH nya dan kering nya toilet. harum sungguh.
terlintas juga di fikiran, kalau aku sejuk sangat tidur atas kerusi airport, aku sanggup tidur dalam toilet nya, sebab terlalu bersih. #true
and...tempat duduk sangat banyak.memang takkan nampak orang duduk atas lantai sementara menunggu flight. kemudahan yang sangat thumbs up!
setiap kawasan di sediakan computer untuk online. muka aku je kat situ sebab charge handset. ntah kenapa plug airport takleh guna, or charge aku yang pelik semacam.
from above! leaving to Jordan.
introduction sahaja. ... ada sambungan, in next part!
0 comments