Jordan Trip - PART 2

10:59 AM

You can read the introduction post here - Jordan Trip PART 1.

Ini adalah sambungan Jordan Trip aku yang ke-2. daripada airport Jordan, kami straight ke bandar Irbid, where my sister lives. semua rumah kat sini, nampak sama je. confius aku kalau tinggal sini. and rumah kat sini takde alamat. pelik.

dan hampir setiap rumah ada pokok buah oren dan lemon. untungnyaa :)




1st Stop: Jerash.

Kota lama yang terletak di utara Jordan. Disebabkan sekarang tengah musim sejuk, so kawasan di sini sangat cantik, ada bunga-bunga macam musim spring gitu.

entrance fee - 8 JOD, kira-kira RM42 seorang  (mengikut currency yang aku google, hehee)

kalau nak ikut pengiraan yang senang, aku convertkan aje 1 JOD = RM 5.

ada sejarah di sebalik kota lama ini, but nanti korang baca lah sendiri kat papan tanda / brochure. trip aku ni, student sana yang bawa kami. boleh jimat daripada ambil travel agent. so student tu cerita la serba sedikit tentang sejarah.







peminta sedekah yang asyik nak jual chewing gum je kat pelancong. 





nasib bapa aku ni rajin tangkap kan pic aku, heee'




permandangan daripada atas bukit. jangan lupa daki bukit tau!





permandangan daripada seat paling atas sekali. paling rajin naik  :)
kat bawah tu ada orang main alat musik traditional. dan kau tumpang juga la dengar guide daripada travel agent kat situ bercerita. 




habis melawat kota lama ni, berhenti kejap kedai makan, tapau makan dalam kereta.
lupa apa nama makanan ni.

tips aku: untuk dapat makanan free, tenung je tukang masak ni lama-lama. buat muka blur / innocent, nanti mesti dia bagi ko makanan yang dia masak tu sikit. hehee' .





the famous shawarma. semua tempat ada jual ini.  tekak aku tak berapa nak hadam sangat makanan dorang ni, but dah takde pilihan lain, kang kebulur lak aku.



next post, akan tulis tentang my next stop. its already late. aku dah mengantuk! xoxo


You Might Also Like

0 comments