Day 3: Krabi Trip

8:50 AM

sambungan daripada post Krabi Trip: Day 3

untuk membaca Krabi Trip: Accomodation, click HERE
untuk membaca Krabi Trip: Day 1, click HERE
untuk membaca Krabi Trip: Day 2, click HERE

kami mengambil pakej yang sama daripada White Sand Hotel. ramai suggest untuk naik motor and be adventurous di sini but memikirkan balik daripada segala activity, mesti aku penat and tak mampu bawa moto. lagipon aku pernah bawah sekali dua je dalam hidup then kau nak suruh aku bawa jauh2 kat Krabi ni?


1st Stop:
Hot Spring

daripada entrance ke Hot Spring nya tak jauh berjalan. cuma kolam nya kecil aje. and ramai pula tu orang. tak sanggup aku nak mandi sebab tengok crowded sangat. airnya takde lah panas, but macam suam2 macam tu. sesuai untuk rendam kaki, sental2 apa yang patut   :)









2nd stop:
Emerald pool

Antara fav stop aku. sebab semuanya kehijauan and tak ramai orang.  daripada entrance nak masuk ke pool, jauh juga berjalan.









daripada emerald pool, kami berjalan ke atas lagi untuk ke Blue Pool. jauh gak berjalan lagi. memang panas sangat masa tu. semua air kat sini jernih!





sampai kat Blue Pool. akhirnya   -,-
masa tu jalan sorang2, sebab Yati dah tinggalkan aku. haha' tak larat dh nak kejar dia.

photo di ambil with my new Go Pro. cantik juga gambar go pro ni rupanya. cuma aku still setia kot guna compact camera. lebih mudah. lagipon aku bukan jenis video type of person. tak kuasa lah aku nak rakam semua benda. 




  blue pool tak boleh mandi. katanya ada quick sand. teringin sangat nak tengok apa jadi kalau kita     
    masuk dalam tu. adakah akan ditarik oleh pasir? curiosity aku kekadang sangat tinggi.




patah balik ke Emerald pool untuk mandi. sangat sangat best. seriously aku rasa tenang je mandi dalam kolam ni.





3rd Stop:
Tiger Cave

zaman dulu-dulu katanya ada harimau but takde dah sekarang. ada harimau batu je. kitorang saje ambil pakej temple ni sebab nak panjat tangga untuk naik ke atas temple, and ada patung Buddha besar + view of Krabi.

jumlah tangga 1269. pengsan kau nak! memang aku slow nak mampus naik tu. yati naik dulu. pada tangga ke-200 pon aku dah nak pengsan apatah lagi naik sampai seribu tangga nun!

sampai kat atas duduk jap then tangkap gambar. masa turun, sama sakitnya macam nak naik! kaki start bergetar-getar. yati turun dulu, aku turun 1 step per step. hehehehe'






malam tu lepak dengan 2 retis kawan baru tu, then pergi massage. setiap malam aku massage kat sana. sebab murah!

sambungan day 4 in next post! xoxo


You Might Also Like

0 comments