Krabi Trip: Day 2

7:37 AM

sambungan daripada post of my Krabi Trip
Day 1: read HERE
Accomodation: read HERE

post ini adalah untuk Day 2: 7 Island Hopping. Island hopping bermula daripada pukul 1.30pm sehingga pukul 8.30pm

sementara tunggu tenghari, aku & yati pergi jalan-jalan kedai souvenirs lagi. then main air kat pantai. untuk lunch, beli di gerai2 sederet Yaminlah pancake tu, then tapau bawa balik bilik.



nasi goreng daging + som tam



daripada hotel white sand, tempat kami amik package  then di bawa ke jeti ni, untuk naik long tail boat.
speed boat mahal sikit harga nya. but kau nak rush2 pergi mana. hehe'






Krabi ni penuh dengan Malaysian. dah macam Malaysia dah. more than half dalam boat ni adalah malaysian. 




1st stop: 
Lupa nama tempat ni. sebab crowded sangat. aku tak suka tempat crowded. didnt enjoy much here. dah la tengah panas masa tu. kitorang jalan sampai hujung then masuk area batu2 cave tu. takde apa2 but saja jalan-jalan.





2nd stop: Tub Island
my fav stop antara semua! sebab masa tu dah start panas tak panas masa tu. air sini sangat jernih. tempat ni la sambungan antara island. yang kau boleh jalan atas pasir menyambung 2 island.

kalau lah waktu tu tak panas, memang aku dah rendam mandi lama2.





berkenalan dengan 2 retis ni masa island hopping. terus masuk dengan dorg ni. hehee' sejak tu pergi makan / massage / jalan sama-sama sampai our last day kat sana. kelakar dorang ni. comel pon ada. haha



3rd stop: Chicken Island 
Stop for snorkelling. coral dah mati, ikan pon takde. kecewa gak lah aku. but masuk snorkeling juga sebab datang jauh2 takkan tak nak enjoy lak kan.  ;)



4th stop:
ada lagi tempat stop untuk snorkelling, katanya untuk tengok nemo. but nemo nya ada 3 ekor je.

5th stop:
rock climbing. tempat panjat rock then kau terjun masuk dalam laut. i was 1 of them yang lompat. but mampu lompat daripada batu yang paling rendah sekali. heheee'

6th stop:
Poda Island. ada disediakan buffet di sini untuk makan. makanlah banyak mana nak makan.  






masa ni aku enjoy gila sebab cuaca dah redup. lepas makan time nak maghrib2 tu aku pergi la rendam sorang-sorang dalam laut. air tak sejuk tak panas. sedang2 je. lama gak aku rendam. yati duduk kat atas lepak with the 2 boys.






buat fire show dia sendiri then suruh orang tepukkan untuk dia haha. 
ada sekali tu dia terlepas batang api tu  -,-



7th stop:
night snorkeling. apalah nak nampak sangat snorkeling malam-malam. memang tak nampak apa pon. but bila kau kocak2 air laut tu ada la makhluk2 halus keluarkan cahaya warna biru. cantik  :)

its either you enjoy it or you dont enjoy it at all. aku rasa biasa-biasa je. but kawan retis aku tu kata night snorkeling tu paling best antara semua haha' aku ngan dia je snorkeling.

habis!

sampai je jeti ada lagi pertunjukan api untuk pakej-pakej daripada group lain. kitorang pon join jelah tengok sementara tunggu tuk-tuk.



BERBALOI KE TAK PERGI 7 ISLAND HOPPING NI?
Ada 3 pakej yang famous kalau pergi Krabi. its either 7 island hopping / Phi Phi Island / 4 Island. aku tak boleh nak cakap berbaloi or tak sebab aku hanya pergi 7island hopping sahaja. but kalau baca review di internet, orang kata 4 Island lebih berbaloi.

ada banyak lagi pakej pulau yang di sediakan cuma 3 ni sahaja yang most popular.

thats all! nantkan sambungan hari ke-3 di Krabi  ;)


You Might Also Like

0 comments