Nur Aura Spa

11:21 AM


@nur aura spa, padang jawa

bulan lepas aku bawa mak + adik aku pergi shah alam. since its ramadhan, stamina aku ni takde la kuat sangat nak shopping, lagipon takde benda nak beli. so aku pergi la mani pedi sorang-sorang kat Alam Avenue, padang jawa shah alam tu.

ada banyak spa kat kawasan tu, cuma untuk orang yang tidak duduk shah alam, aku hanya mampu cari melalui instagram je. and terjumpa lah Nur Aura Spa ni. spa-spa lain yang ada kat situ, kena book (*which aku rasa leceh sikit sebab aku datang dari jauh and tak dapat assume masa untuk datang) or service dorang agak mahal, so aku pilih lah Nur Aura spa ni.

lil that i know, mani pedi yang aku buat tu adalah express mani pedi. waaaaaa!  aku tak suka sangat express mani pedi sebab aku rasa...hmm tak berbaloi. senang kata, kalau express mani pedi tu, baik aku buat sendiri kat rumah.

harap pihak Nur aura spa inform kat instagram / fb jenis mani pedi yang di tawarkan. list down type of services + harga, supaya customer dapat pilih which type of services yang dorang nak.

so ni service yang aku dapat hari tu;

Manicure, RM 25 
- Scrub
- rendaman susu soya + garam bukit
buang kutikel
shape + buffer kuku

Xpress pedicure, RM 30
👣 scrub
👣 Rendaman susu soya + garam bukit
💅 buang kutikel
💅 shape + buffer kuku

overall, ok lah juga. aku suka bab scrub tu. tentang buffing, tak berkilat sangat. and tahan selama 2-3 hari sahaja berbanding aku buffing di tempat lain, which tahan more than 1 week.  

cuma agak kecewa sebab aku ingatkan bukan express mani pedi. patutlah dia tak kikis tapak kaki aku.

and masa aku datang tu, grill besi untuk naik ke spa tu tutup. aku ingatkan spa tu tutup. rupa2nya kena buka grill tu sendiri. ala2, tak berapa nak welcoming customer. macam kau nak pergi rumah orang, ko kena buka pagar rumah orang tu. bukan tuan rumah datang menyambut kau. haa macam tu. hahah.
but aku dh complain dh kat pekerja tu, biarlah grill tu buka. sebab nampak macam spa tu tutup je. hehe complain kat blog je tak guna, kena lah complain kat pekerja tu sekali.

gambar bawah, sebelum pedicure. air tu berbuih sebab ada susu soya + garam.  



time nak habis semuanya, pekerja tu lupa nak tangkap gambar untuk bagi kat boss dia, bagi upload di instagram. jadi kena lah aku berlakon sikit. kelakar kan heheheheh'

ni gambar kuku aku, kat instagram dorang.




You Might Also Like

0 comments