MONZ beauty and spa, puchong.

10:11 AM

selamat malam!

hehe. aku nak update gak ni. pergi spa lagi. sebab esok aku nak pergi facial. kang menimbun post spa aku.

hmm hmmmm. ni facial + steam blanket + massage, di Puchong. MONZ kot nama kedai ni, lupa dah. aku beli deal je sebenarnya. sebab rasa macam berbaloi je, all 3 for rm 60+

antara deal spa / facial yang aku pernah beli, aku rasa ni antara the best! call nak set appointment senang, pergi tempat ni senang, cari parking senang, environment spa nya yang agak best.


1st picture, dalam bilik facial.
sebelum tu isi borang + air kosong. aku sampai takde la awal, about 10mins sebelum time appoinment. masa aku sampai tu, kedai nya tak buka lagi. aku sampai dulu sebelum pekerja sampai   -,-

apa yang aku rasa, turnoff is that dia promote suh amik package facial dia. arghhh. aku cakap aku ni student, dan tinggal jauh. kalau lah dia tahu aku ni berpendapatan, sah2 aku kena paksa ambil package facial dia ni.  overall, not bad. dia buat facial aku bersungguh-sungguh dan teliti   :)




2nd room, bilik massage.
selepas facial, aku kena pindah bilik lain pula. aku kurang pasti bangsa apa yang urut aku. sebab bahasa melayu nya agak jelas. aku dok bayangkan orang indo / thai. but macam melayu pon ada. dia panggil aku 'amoi' but cara dia massage aku tu, wahhh. memang sedap lah. kalau lah aku duduk puchong, memang aku pergi spa ni semata2 nak pergi massage dia je. or upah dia datang rumah. highly recommended.

ada dua katil dalam bilik ini, lelaki dan perempuan, kalau dapat bercouple. iolls sorang je masa tu  :)



3rd room - hot blanket
kena pindah bilik lain pula selepas massage. dalam bilik ini, buat steam. pakai hot blanket. atas katil ada siap2 plastik + hot blanket. masa ni aku dah nyenyak tidur. hehe. panas. sedap je.



overall, aku berpuas hati. daripada pukul 11am- 2pm, memang agak lama untuk harga dan service yang macam ni.

xoxo!

You Might Also Like

0 comments