Moreee facial!

8:28 AM



Salam,

Jumaat lepas bawa mama pergi facial, di Puchong. another dermalogica deal i bought, hehe. kali ni datang awal, isi borang + minum teh herba then siap2 getting ready for mahhh facial yaw.




masa aku habis je facial ni, banyak pula orang tu comment pasal muka aku. kata muka aku perlu lebih banyak facial, then tak habis2 promote package dia. ko nak promote pacakge facial ko, ko promote la. takyah nak ngata muka aku macam2 haha. emo lak. padahal baru sebelum raya ritu aku buat facial.

honestly, aku rasa kulit muka aku improve sejak tahun lepas. tahun lepas, aku pakai SK-11, sampai sekarang aku pakai. but kekadang skip juga. dasar pemalas sikit aku ni. nanti aku review, sebab not bad juga SK-11. cuma harga nya je yang tak mampu milik. LOL. hehehehehehe'

then tahun ni, aku start pakai Dermalogica. pon ok juga lah. cuma takde perubahan. but aku try kekalkan facial setiap bulan sekali, dengan facial dermalogica. nanti aku review product dorang juga ye.

then sekarang aku tukar pencuci Clarins. cuma, aku tak berapa suka kot. nanti lah aku review, bila dah separuh guna. buat masa ni, aku baru je start. hehe so, tak layak nak comment lagi.











Overall, i did enjoy the facial. siap urut leher, kepala, bahu, belakang badan.  :)

xoxo

You Might Also Like

0 comments