Guangzhou: Accommodation

9:19 PM

HAI!

last 2 weeks aku pergi Guangzhou. so aku start blog tentang tempat tidur dulu lah ye. aku akan tulis trip Guangzhou ni dalam banyak post, sebab aku banyak gambar. kalau combine all in 1 post, macam serabut pula. lagipon tu kekurangan yang aku rasa bila aku google tentang Guangzhou di internet. tak banyak gambar, means susah untuk aku imagine macam mana tempat tuu.

points yang aku consider untuk pilih tempat tidur:-
- dekat dengan public transport
- besar tapi murah untuk memuatkan 3 orang (aku + parents)
- makanan halal

ini 1st time aku book apartment. selama ni hotel or hostel. bapa aku agak tak setuju dengan apartment sebab tak pernah try, but aku macam yakinkan dia je. sampai sana horror kauuu jahhh! 

book guna booking.com sebab tak perlu bayar & free cancellation.   ;)

cara aku travel: semua kena book siap2 di Malaysia, so bila sampai sana, leh lengang kangkung & rilex tak perlu kelam kabut cari hotel.

cara bapa aku travel: redah je.   -,-

so aku book untuk 1 malam sahaja sebagai syarat untuk apply China Visa. hari hari selepas tu, redah je bak kata bapa aku. 




Xiang Yang Apartment, 

Guangzhou


Pros:
- receptionist faham basic english


Cons:
- bilik air hancing
- bilik kecil bagaikan 28sqm. aku rasa bilik yang aku book tu dalam 45sqm.
- tv tak boleh guna. nak minta tolong pekerja, pekerja tak faham english
- cleaner rude
- tak bagi tuala.
- katil keras macam papan!
- receptionist di tingkat 28! but bilik di tingkat 17. 

Horor duduk sini. nasib ikut cakap bapa aku untuk book 1 malam je.






permandangan di luar bilik. nampak the famous Beijing Road pedestrian street.
( dalam gambar, sebelah kanan, bawah bangunan tinggi tu)




Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental

Pros:
- bilik cantik,  bersih & besar
- nampak permandangan sungai & canton tower
- pekerja baik tolong 'on' kan tv.
- towel provided

Cons:
- pekerja lupa tutup pintu selepas kemas bilik. bila kitorang balik dari jalan2, bilik kitorang tak
  berkunci. powerbank je hilang.

thats why you SHOULD NOT leave your passport  or valuable things di hotel bila kuar jalan-jalan.

SUNNY APARTMENT ni kebetulan je jumpa masa tengah cari receptionist untuk Xiangyang apartment tu. still dalam bangunan yang sama. but berbeza level.








Grand Continental ini sebuah bangunan tinggi yang ada banyak apartment lain di dalamnya. di bahagian lobi, ada NOMO apartment punya receptionist. masuk je dalam bangunan i then pergi level apartment korang. banyak melayu kat sini yang kitorang jumpa.





thats all! tunggu post lain pula.  xoxo

to read more on my Guangzhou trip, click below



You Might Also Like

0 comments