KOH SAMUI : Day 1 + Accommodation

8:30 AM



Aku akan buat beberapa post tentang trip Koh Samui, supaya senang nak terangkan. post Guangzhou trip aku pon tak habis lagi yaaaaa ampunnn! sebab lambat la nak upload pic. tak reti nak resize kan, so aku redha je upload pic yang size nya besar.

- beli tiket Air Asia, 2 weeks sebelum trip. 3 pax return ke Surat Thani.
- plan asal nak ke Jakarta, but on the date we want to go, tiket airasia ke Surat Thani je yang murah.
- Koh Samui ada airport sendiri di pulau, but harga terlampau mahal. rm1000 per pax. pengsan!

- setiap petang KL & Sepang ribut. so flight kitorang delay. dah kat runway dah, but tak dapat
  berlepas. hampir sejam dalam flight. last2 terpaksa patah balik ke taxi  (betul tak penggunaan taxi
  kat sini? HAHA) untuk isi minyak.
- sepatut berlepas pukul 4pm, last2 berlepas at 6pm
- beli makanan dalam flight. disebabkan delay, so kitorang lapar gila!
- sampai Koh Samui 1 jam 30 mins kemudian.


- daripada airport ke bandar Surat Thani takde lah jauh sangat, dalam 25km.
- kami naik teksi sebab bus lambat sangat nak gerak, lagi2 hari dah malam. lagi2 aku bersama family,
  if dengan kawan2, tak kesah sangat lambat2 lemah longlai gemalai lenggang kangkung untuk jimat
  duit trip.




Surat Thani

- memang plan nak stay 1 night di Surat Thani. untuk jalan2 sekitar bandar, pergi floating market dan
  pasar malam.
- bapa aku jenis suka redah so kitorang tak book apa2 hotel. bila flight delay, masa yang sepatutnya di
  gunakan untuk jalan2 bandar, dah digantikan dengan agenda cari hotel.
- Night market Surat Thani kecil je. hehe pasar malam Banting lagi BESAR.
- lepas subuh keesokkan harinya, bapa aku pergi jalan2 sekitar bandar Surat Thani. ada pasar, so
  seronok lah dia.   ;)
- mini van ke jetty Don Sak untuk ke Koh Samui, kami beli daripada hotel My Place. pls google.


kalau korang naik flight ke Surat Thani untuk ke Koh Samui, tanpa stay di Surat Thani, aku rasa macam panjang gila perjalanan, which is...aku tak sanggup. walaupon Surat Thani tu takde apa2 sangat and sekadar touch n go je, but aku nak juga stay 1 night kat situ.


anggaran aku daripada Kuala Lumpur ke Koh Samui

flight: 1jam 30 mins
airport - jetty: 1 jam 30 mins
ferry ke koh samui: 1 jam 30 mins
jetty koh samui ke hotel (chewang): 45 mins
= 5 jam 10 mins



Tapee Hotel,
Surat Thani

- katil king rasanya sebab muat 3 orang dengan selesanya, hehe (parents + aku)
- hotel + bilik macam zaman P.Ramlee. old school gila.
- hotel + bilik sangat BERSIH, luas dan tidak berbau!
- bukan hotel pilihan, but dah hotel yang kami berminat semua nya FULL.


- air panas dalam bilik air tak berfungsi
- receptionist tak friendly, sebab tu kami x amik package transport ke jetty Don Sak under hotel ni.








Queen Boutique Hotel, 
Chaweng, Koh Samui

- hotel ni terletak di bahagian selatan Chaweng.
- dalam 20 mins berjalan ke central Chaweng
- kalau korang nak cari tempat tidur, jadikan Al's Resort sebagai titik utama. mana2 sekitar tu ok, bagi 
  aku yang lebih suka bahagian centre, so that2 malam2 leh kuar jalan2 and massage.
- bawah hotel ni ada kedai makan halal, but manage by non muslim. (Indian family). takyah fikir  
  mana nak makan dah. g je kedai ni.
- pekerja hotel sangat friendly.

- bilik standard.
- air panas kejap fungsi, kejap tak fungsi.









thats all! nanti aku update more  ;)
read more: KOH SAMUI: MAKANAN HALAL.
xoxo


You Might Also Like

0 comments