HERBALINE Facial

9:55 PM

Rabu lepas aku tension sangat, dan taktau nak buat apa. kalau nak massage, takde tempat massage best kat Banting ni, so facial ajelah.

Dermalogica terdekat kat Banting ni, kat Jenjarom nun. Aster Spring pula jauh sangat kat Klang. so aku fikir, nak try Herbaline. popular juga.

Aku walk in je. then dia tanya beberapa soalan then suggest facial apa untuk aku. Aku iye kan ajelah, tengah stress lah kata kan. hihi

First, foot bath. 1st time facial spa ada foot bath. aku rendam and gosok2 kaki. aku tambah banyak sikit garam tu. dan sental habis habisan.




then, pekerja suruh bangun then bau lavendar panas dalam pot. relaxing je bau nya  ;)


- bilik facial. kecil je. muat sorang.
- aku rasa dorang pakai mesin laser untuk buang sel mati. rasa ticklish. and macam kejutan elektrik 
  sikit kat bahagian leher. hihi
- steam muka, pakai cold steam. 1st time pakai cold steam.
- lama dorang urut muka & badan.
- mask sangat sejuk!! 1st time aku pergi facial, mask letak kat seluruh muka kecuali hidung. habis 
  tutup mata and mulut.
- skipped the eyebrow shaping.
- lepas buka mask, aku rasa kulit muka aku tegang gila macam lepas buat botox! terutamanya kat 
  bibir.   *5 star!*




teh halia. sedap juga. selepas facial.



more teh herba selepas facial. dapat bawa balik mask, untuk sekali guna.   ;)
kat mask tu macam ada biji2 bunga matahari.




overall:
- harga ok. i paid rm157 kot tak silap untuk 1 jam 30 mins facial.
- esok nya muka glowing! ada setengah tempat facial, sehari lepas facial, muka masih kusam je.
- pekerja friendly.
- tak paksa beli product. dia suggest toner and aloe vera gel untuk aku.
- good facial environment. aku pernah facial kat Cellnique, dalaman nya macam tadika. tampat2 
  bunga. haih.



thats all! nanti aku try facial tempat lain pula and review. xoxo

You Might Also Like

0 comments