Day 2: Bogor

7:11 AM

Day 2: Bogor


sambungan daripada post 1:


Day 1:   mangga dua
Day 2:   bogor


Baca juga:
Jakarta: Accomodation

*click on each day to read more*



.........


Kitorg fikir baik ke Bogor dahulu pada hari ke-2, sebab nanti kalau pergi hari ke 3 or ke-4, kena angkut segala barang yang shopping kat Jakarta, dan kena angkut baju kotor lagi. baju kotor sangat berat tau!  nak cari dobi tak sempat pula.

Bogor ni di Kata nya mcm cameron highland, sejuk. ada ladang teh. but aku rasa cameron lagi best.

- bertolak nak kereta api pukul 9.15am sampai bogor 10.30 am
- di Bogor, naik angkutan umum bernumbor: 03 ke terminal Barangan Siang.
- sampai terminal tukar ke angkutan umum num: 01 di kawasan yang bernama, Ciawi
- sampai ciawi tukar naik van, ada lipas, ke puncak gunung.
- dah la x book hotel so x tau nak turun mana.
- turun di kawasan bernama Cianjur, but takde apa2 kat sana. So naik kereta kuda cari hotel. bapa
  aku nak naik kereta kuda pula. hahahahahaaa' padahal dekat nak mampus dia bawak. nyesal ktorang
  naik kereta kuda. boleh jalan kaki je septutnya.
- boleh juga stay di kawasan bernama Cimory (*tak silap nama nya, lupa) but macam tak sejuk
  sangat, and famous dengan susu.
- last2 kitorang patah balik then naik angkutan umum ke brasco. Kena pau ngan angkutan umum.
  Mintak 50ribu utk perjalan yg sangat ciput. The hell. Sampai hotel dh kol 3 pm.

Jalan jem. Jangan pergi on weekend!





pagi2 dah keluar nak ke stesyen commuter nak ke Bogor. bag tarik aku tu aku beli masa pergi Guangzhou. tak berquality langsung. bila full xleh nak tutup. masa check in flight, aku dok risau la bag aku tu berburai dalam kapal terbang. korang tengok kan viral kt fb video pekerja angkat bag kapal terbang macam mana. aku dh seram dh ngan bag aku ni. 

kalau korang nak beli bag keras macam ni, pastikan ada zip di keliling bag. jangan yang jenis takde zip and hanya ada 2 butang macam suitcase business man tu.







aku and black flats aku berpisah tiada. hehee' tak selesa but it fits all. pakai lah baju apa2, mesti masuk dengan black flats. jalan jauh pon xkesah, kalau rosak buang terus.
beli murah je vincci rm20 kot. hihihiii' lepas ni kena gigih cari black flats yang berkualiti sikit. sebab sakit kaki tak datang sekarang but tahun2 akan datang baru sakit. kena berjaga awal2.
























m




commuter dorang pon ada gerabak khas untuk wanita.   :)
kekadang ada polis jaga so that takde lelaki dalam ni. ada sekali aku tertido, then polis kejutkan suruh bagi tempat duduk untuk yang ada anak kecil.  bagus kan? hehe

aku tak duduk di kawasan yang ada komuter kat malaysia ni. jadi dah lama tak naik komuter. yang aku tahu kalau nak pergi mid valley daripada kl sentral, memang crowded nak mampus. hahahah'

but macam tu lah keadaan di jakarta juga. bontot to bontot berhimpit2 dalam tu.





sampai di Bogor, kami berjalan keluar stesyen cari kedai makan. ada kedai makan nasi padang kat itu. kebetulan ada Tourist Information Centre sebelah nya. terus tanya macam mana nak ke puncak bukit.


peramah betul pekerja nya. untuk charter sebuah van nak ke puncak, harga adalah 600ribu sehala. kalau naik angkutan umum, tukar2 angkutan umum, boleh jimat BANYAK.





daripada Bogor naik angkutan umum bernumber: 03, ke terminal. 






dalam van putih ke puncak. panas, sempit. dorang akan sumbat banyak2 orang. dan tunggu penumpang lama gila untuk penuhkan van. aku dah la pakai blouse, gila basah. patut travel pakai baju cotton je lepas ni. feeling nak vogue sangat.

lipas banyak dalam van. nasib baik anak2 lipas. kalau mak bapak lipas, pengsan jap aku dalam van tu. hehehehehehe'




lepas je turun daripada van putih tu, berjalan kaki cari hotel. jalan jalan jalan jalan sampai tak larat nak jalan dah. semua hotel macam haunted house. and tempat tu agak tak hidup je. takde apa yang menarik.

aku stop kat alfa mart, beli air. haus gila.





last2 nampak ada kereta kuda stop. naik kereta kuda di Cianjur. tak muat weh 3 orang dewasa, ngan beg tolak ktorang lagi. plus orang tu ngan anak dia lagi. ahahahaaa' 

but gigih sumbat juga. sebab dah sakit kaki sangat nak berjalan, dengan taktau hala tuju nya n hotel pon tak nampak yang ok.




Kt bukit ini ada ladang teh, macam cameron highlands juga. but sebab dorang tak berapa nak jaga kot kawasan pelancong dorang, so dah tak berapa nak menarik.  activity paragliding nampak macam famous kat sini.

Brasco ni ada factory outlet. atleast hidup laa sikit daripada kawasan lain sekitarnya. but tak ada apa yang menarik sangat. and tak sejuk pon macam cameron highlands.

- ada banyak gerai tepi jalan jual buah and sayur.
- malam kami makan di kedai makan Ponya.











You Might Also Like

0 comments