MEDAN: Accommodation

7:04 AM

Aku pergi Medan December tahun lepas, but i really did not enjoy my stay there. aku rasa Medan ada banyak lagi tempat untuk explore, but di sebabkan tak prepare awal2 dan dapat supir yang tak best, semua jadi tak best.

Post ni khas untuk tempat tidur.


...........


Day 1: D'prima Hotel, Medan
Day 2: Guesthouse di Parapat 
Day 3: D'prima Hotel, Medan
Day 4: D'prima Hotel, Medan



Day 1: D'prima Hotel, Medan.

Abah pernah ke Medan sebelum ini, jadi dia nak stay hotel ini. dekat dengan semua tempat. takde gambar untuk hotel malam pertama, sebab masa tu aku keracunan makanan, tak sihat so tak larat nak ambil gambar.



Day 2:
Disebabkan kami tak book hotel awal2, abah aku jenis suka walk in, kami dapat guesthouse di Parapat. kami pergi musim cuti sekolah, so semua hotel habis booked!! tinggal hotel mahal2 je yang 4-5 star. memang taklah kitorang nak book rm300-500 untuk 1 malam. pengsan.
so abah pergi tanya semua guesthouse, and ini je yang available. H-O-R-R-O-R. 

- ada 2 bangunan, bilik lama & bilik baru. kami dapat bilik lama, sebab bangunan baru semua 
  booked.
- guesthouse jenis lama2 zaman 80an
- dekat dengan port untuk naik boat ke Pulau Samosir, merentasi Danau Toba.  (walking distance)
- tepi tasik
- guesthouse tak tersenarai dalam agoda / trivago / booking.com , memang jenis budget guesthouse
- lupa nama guesthouse ni sebab masa tu tak alert sangat. tengah tak sihat.
- pekerja friendly.

- spring tilam terkeluar. aku tidur dengan besi cucuk badan aku
- lipas EVERYWHERE. dalam toilet ada 2-3 lipas HIDUP! kalau lipas mati aku leh terima lagi.
- malam blackout sekejap. panas. takleh tidur.
- takde wifi. (for guesthouse, memang aku tak expect any wifi)
- tv tak berfungsi

aku pernah tidur hostel / dorm / guest-house / hotel bila aku travel. but ni memang paling dahsyat aku pernah tidur.  what...an...experience... haha not complaining tho, just sharing.











Day 3 & 4: D'prima Hotel, Medan.

- sebelah stesen keretapi.
- depan nya ada mall, Centre Point Mall.
- bersih, perkeja friendly
- breakfast bagi kopi & croissant daripada Starbucks.
- bilik kami dapat, besar gilaa. pada harga sangat berpatutan.
- walking distance ke kedai makan & merdeka walk.  (padang riadah)

- bising sikit. sebab sentiasa bunyi train.







You Might Also Like

0 comments