Transfer Money Online : Mistake
Aku kalau bab kecuaian, bagi lah kat aku.
- salah nama book tiket flight Airasia (nasib tukar tiada prob)
- salah book tiket flight Firefly (beli tiket baru, melayang duit)
and now, aku salah masukkan nama penerima bila transfer duit online. oh myyyyyy! aku google but takde info yang membantu apa nak buat. so aku tulis la kat blog, so that kot2 laa ada antara korang pon jadi benda ini.
kes aku:
transfer duit secara online, daripada dalam negara ke luar negara, dengan menggunakan Foreign Telegraphic Transfer (FTT). MAYBANK -> HSBC
nama penerima : salah tulis. termiss 1 perkataan.
number akaun penerima : betul
langkah 1:
call HSBC. aku transfer duit ke Hong Kong. so, aku call HSBC Hong Kong. mula2 call takdapat, sebab UMobile sekat panggilan ke luar negara. so call UMobile untuk buang sekatan.
langkah 2:
google international call HSBC Hong Kong. laju beb. beberapa deringan, dah ada orang angkat. takde pon all those tekan keypad / operator tu. malang nya, orang sana tak reti cakap english. tukar kepada beberapa orang customer service, then line aku terputus -,-
call lagi sekali, then dorang sambungankan aku kepada mat salleh. orang tu cakap, bank sangat strict kalau 1 huruf pon salah. jadi duit tu tengah terapung. duit tak sampai kepada bank HSBC. dia nasihat call maybank utnuk tanya macam mana.
langkah 3:
call MAYBANK. bagus customer service maybank aku masa tu. layan semua soalan aku. lupa minta nama dia. dia suruh aku call branch, sebab hanya branch yang buatkan kad maybank aku je yang boleh buatkan. dia tolong bagi contact number and orang untuk di hubungi di branch tu.
langkah 4:
call branch. Maybank Banting. dorang suruh tulis surat untuk betulkan nama penerima.
langkah 5:
di sebabkan hujung minggu, so isnin depan nya aku datang bank untuk bagi surat. rupa2 nya HSBC dah pulangkan duit aku kepada Maybank. so surat aku tak di terima. aku kena buat surat lain untuk dorang creditkan duit aku kedalam bank aku. (duit di tolak balik ke Maybank branch belum ke akaun maybank aku)
langkah 6:
pegawai maybank tu (Pn. Ang) baik hati tuliskan aku surat masa tu juga. hehe. aku tinggal sign je. aku datang lewat. lepas kol 4 bru datang sebab takmau sesat2 ngan orang lain. Maybank kan selalu crowded.
langkah 7:
bank caj aku RM250 atas kesalahan tu. perghhhhhhhhh! terpaksa bayar gak, kalau tak duit tak di creditkan balik ke akaun aku. aku assume caj bank berdasarkan certain % duit yang kita transfer tu. aku ingt rm30 macam tu je, rupa nyaaaaaa, RM250 *pengsan*
langkah 8:
duit dapat balik. ada dah dalam akaun aku. hehe'
langkah 9:
buat transfer yang baru kepada pihak penerima. kali ni aku check betul2 setiap huruf & number.
thats all!
xoxo
1 comments