DAY 4 : GUANGZHOU

8:08 AM

Read more:





..............

post kali ini adalah tentang Yide Lu / Shianju Lu / Pearl River


- Yide Lu  (yide road) banyak kedai makan halal. so, kami daripada hotel terus ke Yide Lu, untuk
  breakfast
- jalan sekitar sini dulu pagi tu sebab ada orang jual buah-buahan.
- lepas breakfast pergi jalan masuk wholesale market
- banyak wholesale mall kat sini. masuk je ikut suka ko lah.



ni aku rajin bagi korang map. hihi.

bulatan biru 
- station metro Yide Lu

petak color orange 
- sini ada stationery wholesale mall. ada jual stationary kanak2 yang ada cartoon2 / toys.
- tempat borong segala jenis plastik (plastik ala2 poslaju / plastik bungkus kerepek) harga mahal. aku
  dah tanya. malaysia lagi murah.
- apa2 related to premium gifts. (mug / paper bags/ non woven bag..dll)

petak color merah
- sini fashion wholesale mall. ada jual segala jenis pakaian. mall nya bertingkat2. setiap tingkat
  mewakili product masing2. contoh tingkat 3- jeans shj. tingkat lain- baju sejuk dll.
- murah jika beli dalam quantity banyak. aku tanya baju tiruan jenama ZARA, dalam rm9 sehelai
  sahaja.
- tidak boleh beli bawah 9 pcs katanya. borong sahaja.
- sepanjang jalan petak color merah tu banyak mall. semua jual pakaian.

aku lupa bulatkan, di sepanjang Haizhu Road ada jual makanan kering.  (udang kering / ikan kering / sayuran kering / kekacang)








suasana pagi2 semua orang sibuk borong pakaian. ini di sepanjang jalan petak merah. aku tak beli apa2 sebab aku bukan jenis shopping pon. suka tengok gelagat orang  ;)

suasana nya sama seperti di Tanah Abang, Jakarta.






..........



- daripada Yide Lu, kami berjalan ke the famous Shanjiu Lu.
- kalau korang tengok tour2 daripada malaysia, dorang akan promote tempat ini. sebab tempat ini 
  macam main attraction untuk ke Guangzhou.
- nothing much here sebenar nya. but a must visit place.
- harga barangan kat sini pon agak mahal.
- gambar di ambil daripada mcD. berhenti minum kopi jap. sebab terlalu penat berjalan. jauh weh.

- untuk balik ke hotel, kami berjalan kaki daripada shanjiu lu, untuk naik metro di station Culture
  Park.








............


- malam keluar balik, sebab bazir masa je kalau tak kuar jalan2 dok dalam bilik je.
- naik metro ke Yide Lu, untuk makan malam.
- malam agak sunyi kat sana, kebanyakkan kedai tutup.  solo traveller tak di galakkan sangat jalan 
  sorang2 kat sini. sebab aku bertiga pon aku agak seram jalan kat situ.
- then kami jalan ke tepi sungai dengan harapan nak naik the famous Guangzhou Pearl River Cruise.
- ikut je Haizu Road untuk ke sungai. ada pejabat jual tiket di tepi sungai tu.
- but the price was to high for us, as we were on budget.
- mampu tangkap gambar boat ajelah   -,-




nah gambar ni je aku ada kat tepi sungai. boleh pula camera aku wat hal. 
malam2 pic kabur. maklum lah iolls tak reti tangkap gambar. 






daripada map, nampak dekat, and rasa 29 min tu dekat, but.....boleh tercabut kaki. sebab siang pon dah jalan jauh, tambah lagi malam jalam jauh.
mak aku malam tu terus telan panadol sebab sakit urat. dah tak rasa kaki dah. 




thats all! nanti aku sambung lagi ye kalau mood datang. slow sikit update blog kali ini, sebab busy.

xoxo

You Might Also Like

0 comments