GUANGZHOU: DAY 2

10:41 PM

Read more:




.........



Gigih aku nak siapkan post Guangzhou Trip aku hehehehe. kali ni takde pic sebab ntah la, aku pon tak tau kenapa aku tak tangkap pic masa Day 2 ni.  so post ini pendek sahaja.



Day 2:
- keluar hotel, naik metro ke guangzhou railway station untuk ke masjid xianxian. dengan 
  harapan ada kedai makan halal di situ.  (boleh baca post guangzhou: masjid)

- selepas ke masjid, kami makan di kedai makanan halal, yang terletak di seberang jalan 
  masjid.

- selepas lunch, kami berjalan kaki ke the famous Baiyun Leather wholesale mall. 







bulatan color chocolate:
station metro Guangzhou railway.

bulatan color purple:
kedai makanan halal. ada mee tarik china, di tarik guna tangan. rasa seperti bihun sup yang bihun yang tebal.

bulatan color pink:
masjid

petak color hijau:
wholesale mall yang menjual leather. macam2 product yang di perbuat daripada leather.

bulatan color biru:
baiyun international wholesale mall. segala barangan tiruan berjenama gred AAA ada di jual di sini. harga ribu ribu riban walaupon tempat nya tak exclusive pon.  boleh terbeliak tengok harga. daripada beli bag tiruan yang harga begitu, baik beli original.

kedai yang jual fake gred aaaa ni ditutup dengan langir. memang khas untuk pelanggan sahaja. semua nya secara tertutup.

on the way ko ke mall ni, ada berderet orang promote barangan fake. nanti dorang paksa ko ikut ke kedai dorang. berhati2. sebab once ko layan, dorang akan ikut bontot ko ke sana sini. rimas lak aku.

kat sini juga tempat wholesale bag luggage.




ini je souvenir aku beli kat sana. tu pon beli kat airport. postcard & 3D puzzle. dalam rm 18 each  :)



thats all!!! yeahhh habis post tentang Guangzhou. apa2 soalan boleh comment in the comment section. nanti aku siapkan post tentang trip lain lak. hehe.

sekarang ni aku ngah gigih cari trip untuk cuti hujung bulan ni. taktau lagi nak g mana

bubyeeee! xoxo


You Might Also Like

0 comments