Read more:
........
GUANGZHOU: DAY 5
Aku cerita psal day 5 terus, day 2 nanti aku cerita lain post. haha' skip-skip pulak. bangun pagi, terus pergi Canton Tower. kat Malaysia, aku rasa aku dah habis study dah tentang Canton Tower, but pergi2 aku agak kecewa tak dapat naik menara atas faktor kewangan :'(
- daripada hotel di Beijing Lu, naik metro ke stesyen Canton Tower.
- ada beberapa activity yang boleh di buat di atas menara. ada anjung tinjau, ada bubble tram, dan
lain-lain.
- aku target nak naik atas menara untuk naik bubble tram sahaja.
- but sampai kaunter tiket, orang kaunter kata kena beli package. min harga pakej yang ada masa tu
hampir rm100 + seorang. kami datang bertiga, so kat menara tu dah boleh habis kan hampir
rm300++ kat situ je.
- disebabkan kami rasa agak tak berbaloi untuk naik dengan harga sedemikian, so tak jadi naik
menara. tangkap gambar dari luar ajelah.
..........
- di tepi menara ada sungai. disebabkan tak jadi naik menara, so jalan2 jelah tepi sungai. rupanya tepi
sungai tu ada keretapi pendek. ala2 macam monorail di Malaysia, di mana jarak nya tidak jauh.
- pembangunan Guangzhou kat area sini agak modern berbanding kat kawasan Beijing Lu, yang agak
lama & kekampungan. Ala2 kawasan Damansara / Bangsar, yang aku boleh umpamakan.
- beli tiket di mesin tiket. & masuk tram & scan the tiket, ala2 card touch & go. nama line tram ni
adalah APM Line. dalam map metro ada APM line ni.
- permulaan stesyen adalah stesyen Canton Tower. kami saje2 naik hingga ke station last skali. kami
pon taktau ada apa & sejauh mana station last tu. haha. main naik je.
- sepanjang perjalanan dalam tram, kami lalu kawasan urban / modern Guangzhou. nampak
bangunan2 tinggi, macam kawasan elit.
- lalu juga kawasan dewan Canton Fair. BESAR SUNGGUH.
- bila dah sampai station hujung, masing2 blur sebab kitorang pon taktau kitorang kat mana. ikut je
orang lain pergi jalan mana.
- last2 nampak ada station metro. naik metro ke masjid & lunch di sana.
.........
- selepas lunch, kami sempat jalan2 di sekitar masjid Huaisheng Mosque. masuk je lorong-lorong
celah mana ntah, terjumpa pasar.
- first time aku tengok orang jual tebuan hidup kat pasar untuk di buat ubat. yes, TEBUAN. yang
sengat orang tu. yang bila kita kena sengat, kita leh mati tu! omgggg. terbeliak jap mata aku masa
tengok tebuan di jual di pasar.
- then borong kacang pecan & buah berangan untuk bawa balik Malaysia.
- kami checkout daripada hotel lewat. bayar separuh harga bilik untuk checkout lewat. sebab nak
siap2 kan diri sebelum ke airport. hari dah gelap baru kuar untuk ke airport.
- bapa aku insist nak naik teksi ke airport (sebab luggage kitorang berat, nak kata banyak shopping
takde pulak) but aku & mak aku just tak nampak kenapa nak bazir duit naik teksi. baik naik metro,
terus ke airport.
- last2 kitorang naik metro je.
- nak tunggu waktu checkin lambat lagi, so di level bawah daripada level departure hall, banyak
kerusi untuk duduk, rehat & tidur. sementara tunggu checkin aku beli kopi & online, wifi airport.
parents aku tidur, penat sangat.
- banyak betul gelagat pelik orang kat airport. macam2 perangai manusia ko akan jumpa kat
sini, sampai nak describe pon tak tahu. african SANGAT RAMAI kat sini!!! barang dorang beli
sangat banyak.
- kawalan security kat sini SANGAT KETAT. bag aku di check 2 kali. sebab aku pandai sangat bawa
pisau dalam bag handcarry. -,-
- kat security ni lah macam2 benda yang ko tengok polis geledah, lagi2 masa bag orang african kena
geledah. laptop / handphone / segala alat eletronik orang african ni seludup dalam handcarry
dorang. sampai flight kena delay. terpesona jap aku tengok masa tu.
- aku pergi wholesale jewellery ni sorang-sorang. tak ingat mana parents aku g masa tu. hehe. saje
aku merayap sorang2.
- ni aku tangkap pic dalam salah satu wholesale mall kat sini. semua wholesale mall, sama aje rupa
dalaman nya.
TIPS BERBISNES
aku pergi Guangzhou ni sebenar nya niat aku nak cari supplier untuk bisnes. hehehehehe' but indah khabar dari rupanya. ni aku kongsi kan beberapa tips daripada pandangan aku yang zero & no-nothing.
- Guangzhou bukan seperti ko datang sini dan terus dapat supplier. its more than that, lagi susah.
untuk 1st time datang guangzhou, anggap lah ko datang untuk survey kawasan sahaja.
- listkan barang apa yang ko nak beli, and google kawasan mana ko nak tuju. aku ada listkan mana
aku nak pergi, but end up, tak jumpa apa2, ataupon barang terlalu mahal untuk borong.
- terlalu banyak wholesale mall di sini.setiap bangunan kat sini mewakili wholesale mall.
- wholesale mall kat sini, ala2 kenanga mall. bukan kilang.
- kebanyakkan kilang berada di luar guangzhou.
- elak shanjiaxiu street & beijing lu. takde langsung apa2 untuk diborong di sini. barang mahal ada la.
- sini ada kawasan khas orang african borong barangan elektronik. do try to google where. tak sempat
nak pergi ritu.
sebelum ke guangzhou, aku ada fikir untuk join group borong guangzhou yang banyak kita lihat kat facebook tu. but harga terlalu mahal untuk aku join kalau di bandingkan dengan pergi sendiri. tak silap dorang caj aku rm1500 untuk class seminar + tunjuk ajar cara untuk bergerak guna metro. harga tidak termasuk flight. flight biasanya rm 600-800 return.
ini pandangan peribadi aku untuk nak bisnes tapi ada kekangan dari segi kewangan untuk join trip borong bisnes (tour) :
- untuk naik metro, sangat sangat sangat senang. kalau ko dah biasa nak LRT / bus or apa2
pengangkutan awam di malaysia, then ko PASTI reti naik metro di guangzhou.
- tiada masalah makanan halal. aku ada tulis dah mana korang boleh makan makanan halal. aku
jumpa kedai makan pon melalui google sahaja.
- untuk poskan barang borong yang telah di beli, seller akan menolong. di luar setiap wholesale mall,
berderet courier menunggu. kerja dorang menulis borang pos je.
- seller kat sini pakai wechat, berbanding kita di malaysia yang famous dengan whatsapp.
- memang benar harga di guangzhou JAUH BEZA lagi murah daripada malaysia, dengan syarat ko
pandai cari penjual. nak cari penjual lah yang payah tu. i did find the product i want, but harga
mahal berbanding kalau order online (daripada guangzhou juga).
- jika beli online daripada guangzhou pon boleh dapat murah. harga pon boleh pilih sama ada express
(DHL / FEDEX / TNT) ataupon jika nak murah, dengan kapal laut. (18 hari bekerja). jika nak
murah lagi, suh seller quote harga termasuk shipping + cukai malaysia + agent malaysia. tinggal
goyang kaki je tunggu barang sampai.
- join trip bisnes seminar borong ni bagus if you know the products you want to sell and nak belajar
selok belok bisness. tenaga pengajar akan tahu mana untuk tuju bagi tujuan pembelian,so ko dah
jimat masa mencari tempat untuk beli barang. tenaga pengajar juga boleh bantu jadi translator
sebab orang china tak reti cakap english and its VERY hard to communicate. lagipon harga boleh di
kurangkan lagi jika ko pandai berbahasa china.
conclusion aku, aku assume aku tunggu canton fair, di mana semua seller berada under 1 roof.
thats all!! good luck untuk yang nak start bisness. nanti aku sambung post untuk day 2 aku, bagi wholesale barang leather jenama tiruan gred AAA gituuuuu'
xoxo
1 comments