IKEA MALAYSIA: EXCHANGE AND RETURN.

6:14 AM



Siang tadi aku pergi IKEA Damansara, sebab salah satu skru pada cart yang aku beli bulan March lepas hilang. yes, benda ni hampir 3 bulan berlalu, but aku baru nak ambil tindakan hahahahaaa.

my problem was,
aku beli few items from Ikea Damansara, had it delivered to my office in shah alam. hari barang aku sampai, aku terus pasang. biasalah, bila excited punya pasal, aku tak check la semua benda. main pasang je. hampir siap pasang, salah satu skru tu hilang. di sebabkan bilik aku masa tu tengah messy, aku tak pasti sama ada, aku yang hilangkan ataupon memang tidak ada dalam kotak masa aku buka tu.



bahagian skru aku yang missing tu.





IKEA ada policy return dalam 100 hari. and aku x pasti aku hilangkan skru tu ataupon skru tu memang tidak ada. IKEA terima ke kalau aku complain tetang hilang 1 skru? dh la aku pon tak pasti aku hilangkan ke ataupon memang tidak ada dalam kotak? aku fikirkan lambat lagi, dah laa jauh nak ke IKEA, so aku fikir nanti2 lah aku fikir.


so, awal bulan June hari tu, aku ke IKEA cheras. and aku ke customer service untuk bertanya. Jawapan yang aku dapat,

- spare part (skru) tu tak de stock.
- aku di cadangkan bawa troli aku tu ke IKEA, then IKEA akan tukarkan dengan troli yang baru.
- boleh di tukar asalkan membawa resit pembelian.
- masih dalam 100 hari exchange policy



.............



so....aku ke IKEA Damansara hari ini. aku beli troli tu 28 march lepas. untuk cukupkan 100 hari, aku ada 6 hari je lagi untuk tukar. salah aku buat semua kerja last min, hehe.  sebelum ke IKEA, aku ada call customer service dulu, sebab aku tak pasti sama ada boleh ke, ke mana2 IKEA. contoh, aku beli di IKEA Damansara, boleh ke aku exchange di IKEA Cheras?

but call centre IKEA, start daripada 9.30 am sahaja. aku pagi2 tadi pukul 8.30am dah nak bertolak dah. so gamble jelah. angkut troli aku tu, terus ke IKEA Damansara.


sampai di kaunter customer service, aku cerita lah masalah aku. then pekerja tu belek2, dia kata 'kenapa akak bawa troli ni, susah2 je.'   (spare part adalah free, kalau spare part ada stock, boleh datang ambil je, dengan besertakan resit)

dah masa aku pergi IKEA cheras, pekerja tu suh bawa troli untuk exchange troli, aku pon bawa jelah. hmmmm


then pekerja tu cari spare part (skru) aku tu. dalam 10 mins, dia datang balik, with other skru. takde skru yang sepatutnya.

'skru takde lah kak'... aku pon tunggu lah penyelesaian nya. sebab takkan lah aku nak pakai troli yang senget.

respon dia kat aku,
- skru tidak ada
- aku tak boleh exchange sebab aku dah pasang troli tu.
- dia suruh aku pergi kedai hardware, beli skru
- dia suruh aku call customer service ataupon email customer service, and cerita masalah aku, and  
  bagitau yang stock skru tak ada.

aku agak...tergamam jap kat kaunter masa tu. sebab..
- apa kejadah aku pula yang kena tanggung skru yang hilang.
- aku di suruh call customer service, sedangkan aku berada di kaunter customer service itu sendiri.

but aku tak melenting, sebab aku curious jap. aku rasa dia budak baru, and tak pernah handle kot kes exchange.

so aku duduk, and aku call customer service IKEA. aku ulang balik cerita masalah aku. then aku mention yang aku berada di kaunter customer service IKEA pada masa tu. dari dalam office, pekerja call centre tu dah nampak aku, dok lambai2 aku dari dalam office. hehehee'

soalan yang di tanya untuk exchange
- nama & phone num
- product code
- home delivery code (aku minta IKEA deliverkan ke office)
- tarikh pembelian

aku mention juga, pekerja baru punya respon kat aku tadi. pekerja call centre tu keluar daripada office, and explain that the girl is new, then akan hantar pekerja senior untuk assist aku.


............



so aku tunggu la dalam 10-20mins lagi. takada pekerja yang datang. kesabaran aku dah start menipis. lagipon tengahari tadi aku kena rush ke sunway pyramid lak. aku bangun je dari kerusi, pekerja baru tadi tu tegur, akan assist aku balik.

tunggu lagi dalam 5mins. pekerja baru tu panggil then minta maaf. dia proses exchange aku cepat2. ambil troli aku, then bagi aku gift card.  aku tanya, 'takdapat troli baru ke?'  tak dapat, katanya.
cuma di beri gift card sahaja, yang dalam nya sama nilai troli tadi, then minta aku beli troli baru, guna gift card tu.

aku lak tengah rush masa tu, tak sempat la au nak masuk balik ikea, untuk beli troli baru. lain kali jelah.






tu jelah, 1st time aku exchange barang kat IKEA. hehe. saje je nak cerita, kot2 la korang akan mengalami benda yang sama akan datang. aku tak marah pon kat pekerja tu, sebab budak baru kan. cuma nasib baik laahhh aku bawak troli aku tu, bawak segala jenis resit, then call customer service. happy now. ntah bila la aku akan ke IKEA lg pon aku taktau la.

You Might Also Like

0 comments