SCAM Trip Pulau Perhentian
10:09 AM21- 23 May lepas aku pergi pulau perhentian, melalui agent yang di cari di alam maya, gitewww.
DISCLAIMER:
kenapa guna agent? kerana salah seorang kami membawa parents. so we wanted the parents to feel very comfortable throughout our holiday there.
organizer trip ni bukan aku. salah aku juga sebab tak step up untuk menolong organize kan. but its ok, apa2 yang terjadi dalam hidup adalah pengalaman gituuuu ;)
DISCLAIMER 2:
tak serang dia di facebook meniaga dia sebab ntah la. malas nak panjangkan cerita. tidak juga di blurkan nama sebab kalau lah si agent baca, sila lah ubah service awak, ok?
....
HARI 1:
aku naik flight, seorang2. diva gitu kau jah. hehe. takde lah, parents aku tak kasi naik kereta sebab perjalanan sangat jauh.
- sampai jeti, kitorang kena bayar full payment. bayar juga sebab resit di berikan. tidak ada sesiapa yang greet kami pon. agent or mana2 wakil tak nampak batang hidung pon. taman laut RM5 pon kami kena bayar sendiri, sedangkan dalam iti cakap 'all-in'.
- sampai pulau, pon terkapai2. taktau nak tuju ke mana sebab tak tau agent tu book bilik yang mana. menuju ke Yellow House / MJ guesthouse. sebab tu yang ada dalam iti.
- ada orang di MJ guesthouse tu yang greet kami. bawak ke bilik, di 2 rumah berbeza. parents kawan dapat bilik cantik & besar. ktorang dapat bilik yang memang betul2 budget punya. patutnya di beri 2 bilik under guesthouse yang sama, sebab kami dah book sebulan awal. kan? bilik kami air sekejap ada, sekejap tak ada. MURAI GUESTHOUSE. sila google sendiri. bagi aku, aku taknak complain tentang bilik sebab memang kami sendiri yang pilih pakej budget.
- kami baru dapat tahu yang kami pakej under Hannan, Yellow House.
- lunch tidak ada masa kami sampai, walaupon ada dalam iti. but nasib dorang bertanggungjawab dengan memasak lunch untuk kami pada masa tu.
- 1st day ada snorkling trip. Tuna Bay & Marine Park, di perhentian besar. kami kena sewa snorkling mask + life jacket, padahal pakej kata 'ALL IN'?? alasan yang di berikan oleh mereka, sebab sewa snorkling petang tu tidak termasuk dalam pakej. terpaksa bayar, sebab tak nampak pengakhiran nya kalau nak argue. kalau nak argue pon, orang tu is not the one to blame. agent / owner guest house Hannan tu sepatutnya di persalahkan, di mana pada masa tu, tak nampak batang hidung lagi.
HARI 2:
- breakfast nasi lemak di sediakan, di Yellow House.
- snorkling trip pertama. kami di bawa ke Pulau Rawa. ada 2 point di sana. enjoyed both point as aku tak pernah ke Pulau Rawa. di kawasan point ke-2, sangat cantik! ;)
- boatman yang membawa kami pon ok. di point ke-2, kami ikut dia swim, then dia tunjukkan stringray. air sangat jernih!
- then ke Lighthouse. semua dah penat, so just berhenti sekejap then balik ke guesthouse.
- balik ke Yellow House, untuk lunch. kami di beritahu tidak akan ada snorkling trip dah lepas tu. terkejut aku. sebab dalam pakej cakap Snorkelling at 3 points (Coral point, Turtle point, Shark point) + Lighthouse. Then, snorkelling at Rawa Island. Lunch at Rawa Island. MANA PERGI LAGI 3 POINTS NYA? and tak mungkin lah snorkling trip 2 jam je. tak logik. biasanya snorkling trip daripada pagi sampai petang. ni sampai tengahari je. bukan island hopping la nama nya tu.
- kawan2 try tu argue but di sebabkan dorang tidak pernah ke Perhentian so dorang takde point yang kuat untuk backup. but bagi aku yang dah pernah pergi perhentian & pernah island hopping kat sini, kau jangan nak menipu aku sangat.
- after lunch, kami face-to-face dengan wakil MJ guesthouse. terima kasih banyak2 kerana sudi jumpa kami dan explain semua nya. kami dapat infor yang rupa2 nya si Hannan ni bayar boatman untuk bawa kami pergi Pulau Rawa SAHAJA. memang takde niat pon nak bawak ktorang pergi 3 points tu. DE HELL? infor lain is, si Hannan tu baru tercari2 bilik untuk ktorang tidur masa kami sampai pulau on the 1st day tu. patut lah kitorang di campak je ke bilik merata2.
- kami sepakat untuk sewa boat sendiri, island hopping petang tu. pergi 3 points and abang boatman bawa kami ke lata air berani, as a bonus. sebab masa ke turtle point, tak nampak penyu pon. ada la 1 penyu nampak but nampak dari jauh je.
- masa di Shark point, nampak kelibat beberapa ekor shark. small & medium size. hehe. seronok aku!
- dinner malam di katakan ada BBQ. BBQ dorang ni bukan BBQ yang bakar ramai2 sambil bermesra, but ayam BBQ yang dh di masak, di letakkan dalam tupperware. takde pon BBQ dengan bakar api semua tu. takpelah, asalkan ada makanan, aku bersyukur lah.
DAY 3:
- kami sepakat sewa boat untuk ke windmill. keluar lepas subuh. cantik sangat view kat atas tu :)
2 comments