REVIW: SK-II FACIAL TREATMENT ESSENCE

11:47 PM



Aku start guna SK-II sejak 2014. then stop kejap, then baru bulan ini start pakai balik. so, boleh kot aku nak review.

aku beli starter kit. dalam tu ada facial treatment essence and toner. bertahan lebih 1 tahun aku pakai.
if you dont know, SK-II ada machine yang boleh baca usia muka kau. masa aku baru start nak pakai, usia muka aku dalam 27-29 tahun. aku fikir, ok lah kot. sebab belum try pakai. kalau lebih pakai, mesti usia muka aku muda gituuu. hahahahaa'

1-2 bulan selepas aku pakai, aku pergi balik ke kaunter SKII untuk uji usia muka aku. kot2 la ada perubahan. but tak ada, usia muka aku still 29tahun. hmmm

3-4 bulan lepas tu, aku pergi sogo. kat kuanter SKII, aku pergi uji lagi usia muka aku. sepatutnya dah lebih 4 bulan, mesti ada perubahan, tup tup....muka aku berusia lebih 30 tahun. hmmmmm

lepas di uji, aku dah start malas nak pakai dah. sebab kecewa.



review aku:

- aku hanya pakai essence & toner sahaja daripada SKII. product lain moisturiser / sunblock / cleanser, aku pakai jenama lain. mayb sebab tu kot tak berkesan. hmmm

- daripada segi rupa fizikal, aku memang rasa texture muka aku berubah, lebih glowing. berbanding dulu, macam kusam.

- i did feel my face more flawless   :)

- tetapi bagi pandangan orang luar, muka aku takde perubahan. sebab feedback aku tanya daripada orang lain, hehe.

- i do not like the smell. bau nasi basi.

thats all! harap lepas pakai 1 bottle lagi ni, ok la kot muka aku sikit.


xoxo





You Might Also Like

0 comments