BALKAN TRIP: ACCOMODATION ( Slovenia + Croatia)

11:54 AM


Hi, today is 14 Sept 2016, 8.18 pm. aku berada di Tirana, Albania sekarang. di sebabkan dah habis jalan sekitar sini, so malam ni aku agak free, aku update blog ajelah.  

Blog post tentang setiap tempat akan di update kemudian. sebab gambar ada dalam 3 camera berbeza, tunggu aku kumpulkan semua gambar dulu    ;)









Simple Accommodation Vodmat

Sketova ulica 4, 1000 Ljubljana, Slovenia

check in - 7 sept 2016
check out - 8 sept 2016



LOVE:
- pekerja friendly. peramah. pandai berbahasa english. sudi call kan taxi untuk kitorang.

- bersih

- location senang untuk di cari

- ada tv but kitorang tak pasang. tak faham pon bahasa dia, plus memang tak ada masa untuk tengok tv. balik bilik terus tido.

- wifi ada dalam bilik, berjalan lancar, laju.

- tuala kecil di sedia kan untuk mandi.




DISLIKE:
- tidak ada pantry, untuk masak air. but ada mesin gedegang, untuk beli snacks / coffee.

- bilik hanya ada shower, tidak ada jamban. jamban kongsi di luar.

- aku kategorikan location sebagai jauh untuk berjalan. (from the bus stop) meaning kalau 15-20 mins berjalan, itu adalah jauh bagi aku. hihi

- bilik agak kecil / sempit sikit. sempit bagi aku adalah bila tak muat untuk solat, bentang sejadah.

- tidak di sediakan apa apa toiletries dalam bilik air, thus tak ada sabun mandi.




.....................













 



Hostel CENTAR

Vlaška ul. 7, 10000, Zagreb, Croatia

check in - 8 Sept 2016
check out - 9 Sept 2016




LOVE:
- pekerja friendly. peramah. pandai berbahasa english. hostel terletak di tingkat 1, pekerja (perempuan) sudi angkat kan bag roda adik aku yang berat gila nak mampus macam nak pindah rumah haha.

- bilik yang kami book, sebenar nya di cancel sebab payment di tolak, and tak dapat notification pon! selepas check out baru dapat email tentang payment di tolak. tak pasti adik aku book kt agoda or booking.com. nasib ada bilik kosong, then pekerja tu baik untuk bagi bilik besar tu, then dia selit cakap 'jangan lupa review murni2 tentang hostel dia nnti kat booking.com' hehehehehee' comel je pekerja tu.

- boleh bayar bilik in euro.

- bersih

- location senang untuk di cari

- bilik besar untuk sebuah hostel. kami book bilik private, sebab adik aku alim sikit bab2 aurat ni, hehehe'

- wifi ada dalam bilik, berjalan lancar, laju.

- tuala kecil di sedia kan untuk mandi.

- ada pantry. ada microwave, peralatan untuk makan, water heater untuk masak air, then free coffee & tea.

- ada 10 bilik je hostel nya. 1 bilik ada bilik air nya sendiri, so 9 bilik (private room + dorm) yang lain termasuk bilik kami kena kongsi 1 shower dan 1 jamban. ajaib nya, walaupon share, shower +  jamban, dia sangat bersih & kering. and tak perlu menunggu. setiap kali aku nak mandi or guna jamban, tak de orang pon yang guna. padahal hostel, penuh je ngan orang. dorang tak pergi toilet agak nya.


- barangan bilik, adalah barang ikea. selimut sama dengan corak selimut bilik aku kat Malaysia. home sick gila aku.





DISLIKE:

- location jauh daripada bus station. kira nya ko kena naik tram / teksi, untuk ke hostel. tidak boleh berjalan. toooo far.

- masa kami sampai di hostel untuk check in, boleh pula pekerja pompuan tu tak ada. so kitorang terpaksa tunggu dia. tak kan nak tunggu selama2 nya kot. terpaksa tinggalkan segala bag kat depan pintu, kitorang pergi lunch dulu. sejam kemudian baru datang balik. nasib tak ada orang curi bag. redha jelah.







petang tu cari laundry sebab baju kotor dah menimbun. ni laundry yang kitorang pergi, location terletak di tengah bandar. sementara tunggu baju basuh, ada park di sekitar kawasan. kebetulan ada festival makan ke festival film ntah, but festival la. so, jalan jalan dulu. tengok makanan. 









Laundry room 

(nama kedai dobi nya 'laundry room' in case kalau korang nak google)
Ulica Petra Berislavića 14, 10000, Zagreb, Croatia




You Might Also Like

0 comments