MALAYSIA: INTERNATION DRIVING PERMIT

9:36 PM




Persiapan untuk ke Balkan Trip, aku ada buat international driving permit. Kenapa buat? sebab masa tu aku macam assume pasti kitorang akan sewa kenderaan.


Document yang diperlukan:
  1. RTD L1 Form  (ada disediakan di JPJ)
  2. Original domestic driving license that is still valid for one year.
  3. IC
  4. Two passport size colour photos.

Bayaran: RM 150 setahun.



- harus ingat pegawai akan tengok lesen memandu kita juga, masih dalam tempoh ke belum. jika belum, kita kena renew lesen memandu kita dahulu. then baru buat internation permit.

- proses sekejap sahaja, tunggu giliran yang lama. but bagi aku tak lama lah. aku pergi JPJ pon dah petang, dalam pukul 3-4 pm. pon masih JPJ siapkan petang itu juga    :)



Apa ada dalam permit ini?
Its a small book. muka hadapan ada tempoh sah laku permit. di bahagian dalam, ada beberapa muka surat yang mengandungi jadual kelas lesen memandu kita, dalam beberapa jenis bahasa. kira nya setiap helai adalah jadual yang sama dalam bahasa yang berlainan.

JPJ akan cop di bahagian kelas memandu kita di setiap helai muka surat berlainan bahasa tu. untuk aku, kelas memandu kereta. kalau ko ada lesen bawa lori, then dia akna cop di bahagian kelas bawa lori.

bahagian belakang, ada JPJ tampalkan gambar passport kita. dan the list of countries yang kita boleh memandu.



do you really need it?
Di Greece sahaja, aku sewa kereta & ATV. both minta international driving permit. masa aku sewa ATV, aku lupa bawa permit ni, tertinggal dalam bilik. masa tu aku terfikir gak, alaa ATV je pon. bukan kereta.  but apa2 yang di bawa di jalan raya, adalah kenderaan.

sementara tu, aku bagi jelah driving lesen Malaysia aku, but owner ATV minta aku patah balik ambil permit. so aku assume, hanya permit sahaja yang laku untuk kita sewa / bawa kenderaan di luar negara.

i am saying this because, selalu sangat aku baca yang kita tak perlu buat permit, boleh je pakai lesen Malaysia biasa / bagi passport.  (kecuali di Thailand la, tu bagi passport je lagi2 kalau sewa motor)  so sebagai langkah berjaga2 and just bersedia, better ajelah ko buat permit ni. tak rugi apa apa pon (cuma kena kuar kan duit je haha)


thats all!  xoxo

You Might Also Like

0 comments