BALKAN TRIP: NERETVA WATER RAFTING, BOSNIA AND HERZEGOVINA

8:00 PM



DAY 2:   NERETVA WATER RAFTING
BOSNIA AND HERZEGOVINA






This was our Day 2 activity in Bosnia, water wafting.
pagi2 dah tunggu bus, untuk ke Konjic. bus station dia ada free wifi   :)

sampai sana, wakil water rafting akan sambil and bawa pergi breakfast. dapat omelette + bun. omelette dia sedap nak mampus! 






BBQ. dorang masak Civapi, famous local food. sausage + pita bread. kena makan dengan tomato + onions sekali, baru sedap. but, bagi aku, macam masin sangat sausage nya.  

mula2 aku tolak untuk makan, sebab aku ingatkan tak halal. then salah sorang yang ikut trip pon respon kat aku 'ohh, you dont eat pork' menyebabkan aku lagi yakin benda tu tak halal.
aku ambil roti then pergi duduk. then pekerja tu datang kat aku personally cakap semua halal. kebanyakkan kedai di Bosnia serve halal meat, sebab majoriti sini adalah muslim.

terus aku ngap, makan. lapar gila doh walaupon masin.





gambar atas. mamat2 semua ni jumpa anak ular. dorang ni from Norway, dorang kata Norway tak ada ular, so masing2 terpegun nampak ular. hihihi tergelak gak la aku. mai datang Malaysia mai. kalau bernasib baik, ular tedung pon leh jumpa dalam kawasan umah kau, hewhewhewhewww.





berhenti untuk ambil air. fresh straight from the mountains. fuhhhh!  boleh minum air sungai ini, sebab bersih sangat. mamat depan aku ni, boleh dia bawa cawan, then kalau dia tetiba rasa nak minum, dia ceduk je air daripada sungai then minum. hehee'





aku syukur lah dapat 1 raft dengan dorang ni, otak gila2 gak. ktorang ada borak pasal negara masing2. dia ingat Malaysia ni macam padang pasir, hahahahahahaha.
aku ada gak mention Malaysian suka pergi Norway, untuk tengok aurora. dia kata aurora sentiasa ada kat sana, almost everyday. and dia cerita tentang musim kat Norway di mana malam sangat panjanggggg berbanding siang, and kekadang tak ada siang langsung.

dia cerita juga tentang diri dia, that he is act a Bosnian but lari ke Norway di sebabkan perang Bosnia dulu. sangat menarik sampai balik tu, aku google juga lah tentang perang Bosnia ni.


...




ok, ni pandangan aku tentang water rafting di Neretva River. di Malaysia, aku pernah join water rafting di Sungai Selangor &  sungai mana ntah di Tg. Malim juga.

- pemandangan sini sangat lah cantik! air jernih, mountains, everything perfect.
- air fresh, straight boleh minum daripada sungai
- air nya, ice freezing cold!
- semua peralatan di sedia kan. kau just datang bawa diri sahaja. pakaian pon xyah bawa. dorang dah sediakan pakaian & kasut.

- daripada segi cabaran, water rafting di Malaysia lagi mencabar (sg selangor). Neretva rafting banyak yang mendatar. sampai aku menguap banyak kali, sebab boring. peserta lain pon tertanya2, bila rapid seterusnya.
- daripada segi masa, Sg Selangor max kan masa nya. rehat pon sekejap, so kita banyak spend masa rafting. but for Neretva rafting, masa rehat untuk BBQ gila lama. nak tunggu dia masak lagi, tunggu makan lagi. sampai kitorang tertidur masa tengah menunggu dorang masak.
- both ada rapid yang boleh kita terjun and swim, dan juga cliff jumping.

if you have not yet tried water rafting, then you should join! if dah, i think you can skip. cost for this trip is 70usd per pax, perlu book dahaulu then pay cash there.


ok xoxo!

You Might Also Like

0 comments