BALKAN TRIP: SARAJEVO, BOSNIA AND HERZEGOVINA

by - 10:51 AM

Hi!


This post is only for Sarajevo. for Mostar, it will be in another post. hope all i wrote here will help you in anyways! 

Sarajevo adalah sebuah bandar lama. kalau ko jenis outdoor punya orang, tak ada apa2 lah benda outdoor yang boleh di buat. Di sini semua nya tentang history.

Things to do in Sarajevo from my point of view:


1) LATIN BRIDGE

Tempat tercetusnya WW1. Disebabkan aku tak ambil tour guide, so balik tu baru aku google apa betul2 terjadi di sini. Jambatannya biasa sahaja. Tak silap kau mungkin tak akan sangka jambatan ni famous pon. But saat kau tahu, macam macam soalan kat kepala. menarik! sebab tu balik tu aku terus google.







2) JALAN JALAN SEKITAR OLD TOWN.

First time aku pergi time petang. waktu tu crowded, penuh dengan manusia. Agaknya orang bosnia jenis suka lepak kot. minum teh.

Tips, pergi awal pagi! tak ada orang, then banyak gila pigeons. ambil lah berapa lama masa ko nak sebab masa tu, tak ada orang di sini.

Cuba masuk lorong lorong kecil then kau akan discover lorong yang menjual hanya barangan diperbuat daripada copper. set set teh coffee semua tu. aku kureng sikit peralatan2 macam ni, so jalan jalan jelah.








3)  GAZI HUSREV-BEG MOSQUE

Open to public. but bahagian dalam masjid hanya di buka bila waktu solat sahaja.


*makam*






4) TRY THEIR FAMOUS LOCAL FOOD, CEVAPI

To be honest, aku tak berapa suka. hehe. Its act a small sausage-like meat, in bread eaten with tomato and onions. suka or tak suka, MUST TRY!





5)  GAZI HUSREV-BEG MUSEUM

Open to public, but berbayar. Menarik juga dalam ni, kalau ko minat sejarah. kecil je museum nya.








* art gallery *




*church*





6) WAR TUNNEL MUSEUM

Agak jauh daripada bandar, but boleh pergi dengan public bus ataupon taxi. Taxi will cost 20 euro return kalau tidak silap. Kitorang pergi naik bus but balik tumpang taxi orang. masalah dengan Bosnia ni, adalah signboard. Dorang kekurangan signboard. sesat tau tak. last2 dah naik bus, berjalan kaki, then terpaksa naik teksi juga. sebab sesat. tanya local pon, local pon taktau war tunnel ni kat mana. adoi.

Aku agak kecewa sebenar nya dengan tunnel ni sebab aku ingt museum ni besar, but sangat kecil. macam kawasan belakang rumah orang. 

ke... sebab aku terlalu compare kan dengan war tunnel negara lain  (thailand) hmmmm.







7) SHOPPING DI BEZISTAN

Dalam ini ada kedai kedai kecil jual souvenirs stuffs, bags and fabrics. (tudung / shawl....) macam local market la. kecil je bangunan nya. kalau nak beli souvenirs, kedai souvenirs di sepanjang Old Town walking street ni banyak sangat.

Datang la sebelum petang. sebab aku perasan by petang, dorang dah start tutup kedai. awal betul.





8) CITY HALL

Kami hanya tangkap gambar sahaja di sini, tidak masuk dalam. but beautiful building.




9) EMPORER'S MOSQUE

Dalam kawasan bandar juga. Boleh datang singgah untuk solat. kecil je masjid nya. kalau di Malaysia, masjid kecil macam ini boleh kategori sebagai surau. Lepas ke masjid, boleh berjalan ke Latin bridge. dekat je.










...... ....... ........




Ini tempat kami lunch! sambil lepas rehatkan kaki, sambil online free wifi. hehe





You May Also Like

0 comments