BALKAN TRIP: ATHENS, GREECE.

11:44 PM






ATHENS, 
GREECE.



  • Beautiful place, full of history. sayang sangat kami tidak spend time lama di sini. cuma 1 hari sahaja.
  • Scary place juga, i must say. Pertama kali kami sampai Athens, tengah malam buta. Bus stop Athens tidak berapa moden, macam bus stop lama. Keadaan teksi tidak terkawal. kalau di Malaysia, taxi kita akan beratur menunggu giliran masing-masing, tetapi di sana, 'siapa cepat dia dapat'. so pemandu masing-masing akan cari penumpang seberapa banyak boleh untuk muat taxi nya. kesian pemandu yang tidak reti bersaing or pemandu tua, redha jelah tak ada penumpang.
  • Taxi yang kami dapat tu pula, macam tengah 'high' je. but dia pesan suruh cepat-cepat masuk dalam kawasan hostel. sebab Athens malam-malam bahaya.
  • Bila berjalan siang pula, kalau tegur dengan tourist lain, mesti dorang akan pesan 'jaga-jaga dengan pick pocket
  • Kebetulan masa kami sampai petang tu, ada rusuhan kecil. Beberapa orang remaja kena tangkap.







Acropolis of Athens

  • Masuk kena bayar, 12 euro seorang. kitorang masuk tengahari
  • Tempat ini kecil je, round-round dalam 1-2 jam pon mencukupi. beserta tangkap gambar.
  • Student card tidak di terima. ko kena ada international student card, baru boleh dapat discount.
  • very famous place, its like a dream come true juga datang sini.
  • kebanyakkan bangunan tengah repair.








Panathenaic Stadium

  • Gigih aku paksa adik aku jalan cari stadium ini. kena bayar untuk masuk, but boleh sahaja jenguk-jenguk dari luar.
  • Diluar Acropolis, banyak lagi musuem, cuma nak masuk tu kena bayar. 





  • Pada malam last di Athens, kami simpan luggage di Athens Lockers - Left Luggage. Alamat: 2 Athinas str. & Ermou 10551 Monastiraki, Athens. Betul-betuabove Monastiraki Square, next to the metro station. Harga 11EURO untuk locker besar, berbaloi berbanding simpan di airport.
  • Di bahagian luar metro station Monastiraki Square ini, banyak kedai kedai souvenir  macam night market. boleh la beli untuk bawa balik Malaysia. aku beli mug, sebab aku suka minum coffee every morning & petang - petang. but tak guna lagi mug nya, sayang!   :)
  • Berhati- hati dengan gypsy! aku takpasti la dorang ni orang bangsa apa, but aku ASSUME dorang gypsy. kerja cari gaduh je. hati-hati dengan taktik bagi bunga ros free kat ko, then puji-puji kau, last-last suh ko bayar. huh. aku dah terkena. aku pulangkan balik bunga ros dia tu. takmau aku bayar!




KEDAI MAKAN.

  • Banyak kebab di sini, but pork kebab. so berhati-hati lah kalau nak membeli.
  • orang penjaga locker cadangkan kedai makan dalam gambar di bawah, ATLANTIKOS.
  • makanan dia terbaik!! portion besar!! dan sedap gila!! walaupon ikan bakar je. haha harga pon berpatutan.
  • sebab aku cuba ikan bakar lain di Zakynthos dan Santorini, pon tak sesedap ikan yang kat kedai ni. sampai kitorang datang sini 2 kali untuk dinner.
  • kebetulan masa dinner di sini, sebelah meja ktorang ada couple dari Malaysia, tegur kitorang kitorang. borak -borak la kejap ngan dorang.



Atlantikos
Greece, Avliton 7, Athina 105 54, Greece


  • Last dinner in Athens, ending our Balkan Trip. aku tak tahu la kenapa aku leh order Orzo ni, serious takleh masuk tekak aku. Makan kat restaurant, mahal lak tu. melayang duit aku.





thats all! di sebab kan sehari je kat Athens so tak ada benda sangat nak cerita. Insyaallah would love to come back! xoxo



You Might Also Like

0 comments