REVIEW: Mask Of Magnaminty, LUSH

7:31 AM





Mask Of Magnaminty, LUSH



Aku beli mask ni masa trip Balkan aku, di Prague. antara semua product Lush, this seems to be very famous. sebab selalu juga nampak kat instagram. harga yang di beli bila convert to RM, adalah dalam RM40.

aku nak sangat sangat beli bath boom, but apakah daya, aku takde duit masa tu. hahahaha beli ni pon pinjam duit adik aku gak.  plus, aku tak pasti kalau aku beli bath boom, bila masa pula aku nak pakai. rumah aku punya bath tub dah lama x guna, dah jadi 1 kerja lak aku nak kena bersihkan bath tub.  *pemalas punya manusia*


'' This tingly, minty face and body mask was formulated to be intensely cleansing but never harsh or abrasive. Kaolin clay and peppermint oil rid your pores of debris, giving you a delightfully tingly clean sensation. We add loads of ground aduki beans to exfoliate flaky or dry skin, vanilla absolute to calm redness and honey to soothe and moisturize. ''



KENAPA BELI?

- sebab Malaysia tidak ada Lush, and aku kalau boleh nak avoid buying through personal shopper (PS). sebab bila aku beli online, aku jenis tak sabar tunggu barang sampai.

- aku prefer beli straight from the store / website. kalau aku beli online pon, aku lebih suka pilih beli daripada website product itu sendiri. walaupon mengambil masa lama / lebih mahal. sebab perasaan dia macam bagi hadiah kepada diri sendiri. 

- I LOVE EVERYTHING BOUT MINT!!

-ingredients. Lush is all about fresh ingredients and not tested on animals. 

- tidak perlu simpan di tempat sejuk. unlike fresh mask, mask ini boleh simpan di mana-mana room temperature. 

last but not least, aku memang tidak ada mask pon. alang-alang ke sana, beli ajelah.









REVIEW;

- Aku baru google yang mask ini boleh di simpan sehingga 4 bulan sahaja. hmmm, aku ni dah sampai hampir 6 bulan. setakat ini, mask ini macam elok lagi di pakai. aku simpan dalam almari makeup je.

- bila pakai, aku suka sebab it leaves my skin clean and fresh. but kalau kau pakai apa2 mask pon, memang kulit ko akan rasa best gituuu.

- bila baru beli, macam banyak cecair, i assume its the honey. but bila dah lama-lama guna, honey tu semakin meresap kot ke dalam ingredients lain, so lama-lama mask akan kekeringan dalam bekas tu.

- best use on any type of skin. setakat aku pakai ni, muka aku ok je. takde pula timbul apa2 reaction yang tidak menyenangkan.

- Di sebabkan mask ini dalam bekas, so agak messy untuk pakai berbanding beli mask yang dalm tiub di mana kau picit sahaja.

- bila lama-lama simpan, sakit baki mask yang terlekat di celah-celah penutup, akan tumbuh KULAT. ye, KULAT. agak menggelikan juga la.





REPURCHASE?


Ntah la. aku cuma ada masalah dengan harga nya kot, yang aku rasa agak mahal. bagi aku, ada mask di luar sana yang jauh lagi murah, dan memberi kesan yang sama. maybe its because of the brand la kan, of course. 



thats all! xoxo

You Might Also Like

0 comments