DAY 1: SEOUL, SOUTH KOREA

11:21 AM

Hi! i bagi introduction dulu lah bout my trip to Seoul, South Korea. Asalnya, adalah my mom and her friend's punya trip. then dorang start cari pakej, sebab masa tu musim cuti sekolah. Dapat jumpa trip budget on facebook, PAKEJ MURAH LET'S GO KOREA & JAPAN.



Antara semua trip yang di survey, trip ini yang paling murah  (pada musim cuti sekolah + termasuk flight + termasuk tidur dan makan). Apa yang tidak termasuk adalah;

- luggage
- insurance
- meal flight balik
- seat pilihan.


Then i thought, masa tu kebetulan i free so i decided to join. sebab peluang hanya datang sekali. kalau tidak pergi sekarang, bila lagi nak pergi. but masih teragak2 sebab i lebih prefer bergerak sendiri instead of pakej.



Daripada segi harga, harga pakej ini jauh lagi murah berbanding pakej budget yang lain. i tak nak lah compare kan dengan trip berjalan sendiri, sebab semestinya lah kalau pergi sendiri without pakej, cost nya jauh lagi murah. but kalau compare kan dengan full service punya travel agent ( Andalusia / POTO ...), harga nya sangat berbeza, murah RM1000-RM2000 per pax.




Trip ini OK, guide di sana pon OK..but what i dont like about this package is the agent yang uruskan kami di sini, di Malaysia. so, you guys must heard of the famous travel agent scam WORLD TOUR SCAPE  (WTS), kan? yang penipuan sampai jutaan ringgit tu.




First, is the RISK.

well, i 'assume' this package works the same, as WTS. agent yang kami book ini ada orang lain di atas dia, dan bawah dia pula, ada agent-agent yang lain. i hope you guys know what i am trying to say?


for this pakej, you book tiket dengan orang lain, you bank in duit kepada orang lain, you berkumpul di airport dengan orang lain, di Korea nanti you akan di guide oleh orang lain.

Meaning kalau ada apa-apa problem (contoh kalau timbul masalah seperti kes WTS),  siapa yang akan bertanggungjawab nanti? sebab melibatkan orang ini agent kepada orang ini, dan agent ini under agent orang ini. sebab kita tak deal straight dengan owner or pekerja travel agent / syarikat tersebut, but kita deal dengan agent-agent under travel agent yang buat business ini secara part time. semuanya di lakukan secara online. tidak jumpa face-to-face.


alhamdulillah, pakej ini tidak ada unsur penipuan setakat ini. sebelum buat payment i ada minta invoice daripada agent sebab masa tu memang tengah panas lagi issue WTS ini, tapi agent berkeras tidak mahu bagi. sebab policy syarikat katanya. dengan famous nya kes WTS, i hanya nak ambil langkah berjaga-jaga. but what to do, policy syarikat. invoice hanya di beri selepas bayaran di buat.  tiket pon di beri 1-2 week sebelum fly. but sebagai pengguna, bila you buat transaksi bernilai beribu2 ringgit, mesti la you nak ambil langkah berjaga-jaga,kan?





Second, is their AFTER-SERVICE.

i just tak suka their after-service agent yang uruskan team kami di Malaysia. walaupon mengikuti pakej, i did my own research as well. i ada beberapa pertanyaan yang i nak tanya kepada agent yang uruskan our team, but i tak suka cara dia reply. i pon taktau nak cerita macam mana but senang kata, i just tak suka agent yang uruskan kami di Malaysia punya after-service, thats all.



Disebabkan ini adalah trip budget, so semuanya naik public transport (bus / MRT / taxi) TIDAK SESUAI UNTUK WARGA EMAS / ORANG YANG TIDAK KUAT BERJALAN. sebab antara yang join trip ini, hari ke-2 sudah taknak berjalan dah, sebab penat.  (bukan team yang sama dengan i)




Guide nya pula, maybe baru lagi kot. sebab i pergi in March, guide nya baru start jadi guide bermula November tahun lepas. please do not expect them to tell you the history of the places you are going to visit, sebab i assume dorang pon taktahu kot. Dorang juga tidak reti berbahasa Korea. Dorang sekadar guide sahaja, guide untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat. then bila sampai di destinasi, guide akan biarkan kita untuk 1 tempoh tertentu then berkumpul balik untuk ke tempat seterusnya. i hope they can improve this. sebab i pernah ikuti ground pakej budget di Jordan (di mana guide nya seorang student di sana), sebelum melepaskan kita untuk wander sendiri, guide akan terangkan serba sedikit tentang tempat yang kita lawati tu. Simple pon tidak apa. sekadar briefing macam tu.



Another thing that the guide can improve is communication. Try to communicate more with us kalau ada perubahan plan. Itinerary yang kami dapat lain daripada yang kami lalui. Kalau ada pertukaran tempat, atleast inform us so that kita pon tahu where we are heading. and please inform kalau makanan tidak di sediakan or makan lewat, haha. ada 1 hari tu, we all thought we are going for lunch, tengok2 akan lunch lewat. so, bila lapar people will start to get grumpy. atleast, inform kami bila waktu makan / makanan di sediakan atau tidak, so that kami boleh beli makanan sendiri untuk alas perut. Walauapapun, guide nya baik. Kalau tanya apa-apa, dia tidak ada masalah untuk membantu.




But yang harus di PUJI is that, they try to give the best to us daripada segi tempat tidur dan flight. contoh, they book us a hotel instead of a guesthouse, so tempat tidur kami sangat selesa. and our flight was suppose to be early morning, and arrive evening tapi dorang berjaya dapatkan kami flight awal, pada waktu malam so sampai Korea awal pagi.



This pakej sangat sesuai untuk mereka yang bekerja dan susah untuk mendapat cuti or cuti pada waktu-waktu tertentu sahaja. Contoh paling senang, like my mom, golongan cikgu lah. Trip yang i pergi ini, semua cikgu! so, you dah penat-penat bekerja, you bercuti mesti la you nak rehatkan minda jalan-jalan, shopping shopping,kan? tapi dalam budget yang tertentu. So, pakej ini you dah boleh berjalan takperlu nak fikir-fikir itinerary, tinggal pack your bags and enjoy je.



Selalu sangat i baca kat facebook, page travel yang korang suka sangat downgrade kan golongan yang suka pergi dengan pakej. Please dont do that! sebab bukan semua orang bertuah ada masa untuk plan out their holiday. sesetengah kita ini penat-penat bekerja, all they need is to relax and enjoy, so to go with pakej lah penyelesaiannya. Nothing wrong. Going with pakej, you still have the chance to mingle with the locals, you still can try their local dish / street food, you dont have to worry where to find halal food and you still can explore the city on your own without the guide.





x x x x x x x x x x



so, OK. lets start our DAY 1: InsaDong.

Itinerary asal adalah, shopping di Myeongdong night market sahaja (shopping) but di sebabkan flight di awalkan, our itinerary changed to;

- InsaDong, for shopping. till 2pm, untuk check in hotel.
- Seoul Tower
- Myeongdong night market


can read more, on my review of our hotel, HERE.



InsaDong Street.
Pandangan i tentang kawasan ni, ada banyak art shop, antique shop bila you masuk celah-celah lorong. Kebetulan ada 1 bangunan tu, tengah ada flea market, dan kedai penuh dengan art shop. interesting!

Tourist pon ramai kat sini, dan masing-masing bergaya pakai Hanbok! Sambil berjalan boleh try their street food.





korean tradition candy. perisa lain-lain then di saluti honey. sedap! 
i bought 2 box for myself, and finish it all.






morning coffee with mama. coffee around here starts from 3.5 won to 5.5 won
dalam RM14 - RM 22 per cup.  





TAPGOL (PAGODA) PARK
Tempat bersosial warga emas. Ada juga pertunjukan main alat music. semua orang-orang tua.








SEOUL TOWER
Sampai sini agak lewat, but just nice for sunset. cuma masa yang diberi untuk jalan-jalan kat sini terlalu singkat, for me, i think. Walaupon sempat jalan untuk cover the whole place dan tangkap gambar, but semua nya dalam keadaan rushing. Nak duduk lepak-lepak rehatkan badan, tak sempat. kena cepat-cepat turun bawah, berkumpul.

and you must know the famous tempat duduk, ber backgroundkan kunci banyak-banyak tu? haaa, ramai gila orang kat situ. tak sanggup dan tak sempat pon kalau nak tunggu ambil gambar di situ sebab perlu rush.






MYEONGDONG NIGHT MARKET
Kawasan ini penuh dengan kedai kosmetik. 1 kedai tu, kadang-kadang ada 3-4 buah cawangan di tempat yang sama! Pekerja rajin bagi free sample mask, so try kumpul as many as you can. For me, yang memang tak ada niat untuk shopping pon, just jalan-jalan then try makan their street food.

Daripada segi harga pula, pada pandangan i, i tak rasa pon murah. daripada segi jenis, kepelbagaian dan availability, i tak berapa pasti sangat sebab i am not into korean kosmetik thingy. I datang Korea pon, i memang tak ada niat langsung untuk shopping kosmetik.



OK, thats all! will continue with more post coming soon! xoxo









You Might Also Like

0 comments