POSLAJU: Complain + Respond

9:44 AM

Hi,  SELAMAT HARI RAYA EVERYONE! maaf zahir dan batin. Last year, i wrote about my baju raya that i bought from Fashion Valet. this year, i will blog again insyaallah bout my baju raya, also bought online, hehee. just wait for it, okeh?

but this post is about Poslaju. A complain i made to them last month. If you want to report / complain / feedback anything to them, this is what i did, and some tips.



15 JUNE 2017

I pergi Poslaju Putrajaya, Presinct 3 tak silap. I usually guna contract untuk poskan barang, but ada that 1 parcel i kena pergi ke kaunter dan poskan barang seperti biasa. meaning, i kena ambil number giliran, tunggu number giliran, bayar cash di kaunter.

so,....i masuk poslaju then ambil number giliran. kebetulan, my other parcel perlukan transparent pocket untuk masukkan poslaju form tu. kebiasaannya, minta sahaja di kaunter.

situasi nya, ada 2 kaunter sahaja di poslaju. dua-dua kaunter ada pekerja, but hanya 1 kaunter yang buka. i ambil number giliran. sementara menunggu number giliran i, i pon menyapa pekerja di kaunter num 2, yang tak buka tu. sebab, takkan la i nak menganggu pekerja di kaunter num 1 yang sedang sibuk dengan customer yang memang ada di kaunter dia.

i sempat bercakap ...'tumpang tanya...?'.... tak sempat tanya soalan, pekerja membalas balik...'sabar. tunggu sekejap ye' maka dia sambung tengok computer dia.

## if you read this, it might not sound rude, but her ayat 'sabar' is like.... 'ko boleh sabar tak, aku tengah busy ni' punya perasaan sambil mata terbeliak luas. hahahahahaa'

...


i terkedu juga lah.


...

dalam fikiran i, apa salahnya kalau dia mendengar dulu soalan i???
takkan i perlu tunggu number giliran untuk bertanya soalan kalau situasi lain di mana i tak perlu poskan barang.


ini kali ke-2, i berada dalam situasi di mana i di arah untuk beratur / bersabar untuk bertanya soalan. kes pertama tu, nanti la kalau rajin i cerita.

.
.
.
.

so, apa terjadi lepas tu, i pon senyum jelah walaupon hati membara rasa nak tumbuk. then i berdiri jelah depan kaunter dia. kot2 la dia nak tegur i balik selepas settlekan dulu apa yang dia buat kat computer dia tu. but tak tegur pon i. sampai lah number giliran i sampai.


dengan hati yang membara, i pon pergi lah ke facebook POSLAJU, untuk lodge a complain. mind you, page feedback poslaju  efeedback.pos.com.my tak berfungsi. haihhhhh. pernah beberapa kali i cuba hantar complain kat page feeback poslaju but loading sampai bertahun-tahun. but tu kes yang i boleh bersabar. but dalam kes ini, hati i dah membara-bara. i pon email lah complain i kepada general email poslaju, which is this,  care@pos.com.my .


by noon, i dapat auto email reply, informing pekerja akan reply dalam masa 2 hari bekerja.





19 JUNE 2017.
I dapat email daripada Poslaju meminta Nama dan Num Phone.





23 JUNE 2017

Dapat reply daripada Poslaju, yang mereka inform cawangan bout my complain.



so, what happens next?

I dapat call daripada pekerja poslaju putrajaya. minta details kaunter mana & number tracking. dengan tracking num, they can know which pekerja yang berurusan dengan i pada masa itu. i gave all info nicely. and she too, was being very nice.

then i dapat 2nd call. she explained yang dia sudah tengok CCTV poslaju, then dapat kenalpasti i dalam cctv tu, LOL.

dia terangkan masalah yang berlaku ketika itu. benda ini memang hal kecil dan remeh temeh pon, but kalau lah berlaku kat u, hati u memang akan membara punyalah.  dia meminta maaf atas kejadian yang berlaku, then she hand over the phone to the pekerja yang suruh i bersabar tu LOL.

both pekerja meminta maaf baik-baik dan ucap selamat hari raya. kes selesai dan tutup buku.







so....ini bukalah kali pertama i berurusan masalah dengan Poslaju. but kes sebelum ini pon, kalau lah i lodge a report to Poslaju menang dorang akan mengambil tindakan dan siasat. same goes to other organisation. I pernah complain to Maybank pon sama, they investigate then akan ada pekerja daripada cawangan yang terlibat / pekerja yang bermasalah tu akan call dan explain dan meminta maaf.


so, untuk percepatkan process, inform segala details to them;

- nama
- phone num for them to call you
- date
- time
- cawangan mana
- tracking number  (they can trace pekerja mana yang terlibat through the tracking num)
- kaunter num berapa
- nama pekerja  (i tak dapat the name of the worker at the time sebab tengah marah and rasanya dia pon tak pakai name tag)
- details kejadian.


they will investigate then tengok segala CCTV. so jangan pula ko menipu. kot2 la tunggu number giliran lambat 10 min but ko pergi cakap lambat berjam-jam itu sudah melampau.


Thats all! xoxo


You Might Also Like

0 comments