Nusa Penida, Bali.

8:21 AM

BALI TRIP! but this time focus pergi ke Nusa Penida.


Ticket flight.

I beli tiket flight di Expedia, melalui Skyscanner. I love skyscanner sebab boleh tengok flight mana yang ok ikut date yang kita nak pergi tu.

Pergi, naik Malindo Air
Balik, naik Air Asia.

I bought the ticket 2 or 3 minggu sebelum fly, so the price agak tinggi and takde menunjukkan harga akan turun. plus, time ni Malaysia ada cuti panjang Keputeraan Agung + Awal Muharram. RM800+ per pax. LOL.

*** TIPS JIMAT: Beli awal kalau you nak murah. sebab sebulan sebelum i beli ticket flight, the price was still around RM250 per pax, Air Asia.

Tukaran myr-rupiah, 0.289




Grab

Grab 71k daripada airport ke sanur
Daripada international arrival, kena berjalan ke domestic terminal, kebetulan ada buggy masa tu so naik buggy jelah. if not, jalan kaki will take 10min like that. driver akan inform di mana dia akan pickup, in our case di domestic departure.

Grab tidak di benarkan berurusan di airport sebab airport ada syarikat taxi nya sendiri, sebab taknak laa kacau periuk nasi taxi.

Why sanur?
Niat datang bali is because join Maybank Bali Marathon, di Gianyir. so location paling dekat untuk book bilik adalah di Sanur. lagipon esok akan naik boat ke Nusa Penida, jadi perfect location antara 2 tempat.


My 2nd Half Marathon. daripada segi masa, tak ada beza dengan last run. but super proud of myself sebab tak berjalan langsung. I jog all the way to the end. Nak kata berlari tu tak laaa, not that fit yet.
I trained 2 months for this, should have train lagi lama and harder. My 1st run di luar negara, Insyaallah more to come with this babe.




Back to Sanur, kalau datang Bali and tak ada niat untuk ke Nusa Penida, better you book somewhere else, sebab Sanur tak ada apa-apa sangat. I just think orang stay sini semata-mata untuk ke Nusa Penida sahaja.

Kalau datang dengan family, Kuta is ok. but crowded. I think Ubud adalah perfect untuk semua golongan, sama ada datang dengan keluarga ataupon kawan-kawan, vibe nya lain. cuma Ubud punya traffic jam dahsyat.

sewa motor sanur 70k, 10pm -10pm the next day.
minyak motor 25k full di stesen minyak.
daripada Sanur - Gianyir - Denpasar - Uluwatu, isi minyak sekali sahaja.
Kedai sewa motor tutup around 8pm



Uluwatu.

Ramai sangat orang tengok kecak dance time ni. a must thing to do kalau datang Bali.





After Uluwatu, terus balik Sanur and dinner at the famous, Mak Beng. 



Nusa Penida  

Fast Boat Sanur - Nusa Penida

Tiket foreigner 400k return per pax.
Bertolak pukul 1pm, fast boat under Sri Rejeki.
Balik 2.15pm daripada syarikat lain, El Ray but book under orang yang sama
Perjalanan mengambil masa dalam 30mins.

Our grab driver yang tolong carikan ticket boat. unfortunetly, kita tak dapat local rate. If you read on google / blog, orang akan cakap di hujung Jalan Hang Tuah, bawah-bawah khemah sebelah kiri boat untuk orang local, akan dapat harga ticket local. Sebelah kawasan khemah kanan, untuk foreigners. We did go to the left kawasan untuk local, but dapat harga foreigner juga. maybe it was not our lucky day masa tu   :(


TIPS JIMAT: 
maybe boleh try beli pakej daripada Malaysia siap-siap untuk ke Nusa Penida. biasanya, akan ada day trip sahaja. but day trip akan cover west Nusa Penida (broken beach + angel billabong + kelinking beach)

Tidak ada proper jetty, boat akan berada dalam kawasan air laut, but pekerja akan tolong angkatkan bag. no need to worry kalau bawa bag roda. akan masuk dalam air hingga ke paras lutut / peha, so please wear proper clothes.



IMPORTANT! Please please download offline google map siap-siap di Bali. sebab di Nusa Penida, ada chances takdapat line internet, kalau you sesat di mana-mana memang susah kang.


Expenses

sewa motor nusa penida - 80k per day
minyak dalam - 10-17k per liter, isi 2 kali

makanan bermula 20k sepinggan
minuman 10k

so, untuk 2 orang basically dalam RM50, 2d1n punya meal, di Nusa Penida.
50k - lunch
48k - dinner
80k - breakfast

* boleh jimat lagi untuk breakfast, but both of us prefer western breakfast, cappucino or latte wajib ada, hihi *



Toyapakeh adalah kawasan muslim but malam akan mati. tak ada orang lepak-lepas tepi pantai minum coffee. end up balik je tidur awal.

I booked Jose Stay, daripada booking.com. Pilih Jose Stay sebab ingatkan boat akan berhenti di pelabuhan depan homestay, rupa nya ada 2 jetty di situ. kena berjalan dalam 10-15min

REVIEW ON JOSE STAY:

- dekat dengan tempat makan halal.
- staff tolong cari kan motor.
- staff was ok lah, but not that friendly.
- nice room, bersih dan baru   :)




Nusa Penida ni rupanya besar juga. from Toyapakeh to 1 point to another mengambil masa 1 jam lebih naik motor.




Petang tu ke Teletubies Hill then ke Atuh Beach. daripada jauh, nampak rumah pohon, the famous tree house. but di sebabkan datang lewat petang, so tak sempat ke Rumah Pohon.




ok heres the thing, kalau you baca google or blog orang, di Atuh Beach, orang akan suggest you turun ikut tangga kiri. bila you naik motor, ikut signboard, it will bring you to the tangga belah kanan. so, i tak pasti jalan mana yang dorang guna kan untuk ke tangga sebelah kiri.

bila you sampai tangga kanan, ada kena bayar parking and entry if tak silap. but di sebabkan kami sampai lewat, tak bayar apa-apa sebab tak ada orang jaga.

sebelum you sampai di kawasan parking, perlu turun curam yang sangat curam. kalau tak berani, better park jauh then jalan ke kawasan parking then ke entry point.

di kawasan parking, you boleh terus untuk ke Atuh Beach, atau sebelah kanan akan ada trail untuk ke Rumah Pohon. hati-hati, ada banyak kera kat sana.

** susah untuk i nak terangkan secara menulis haha, but i really hope you get the point. basically di kawasan ini ada Atuh Beach + Thousand Island + Rumah Pohon **


WARNING; 
pukul 6 dah start gelap. kalau you stay Toyapakeh dan you ke Atuh beach, it is better you bertolak balik paling lewat dalam pukul 3 or 4 pm. sebab... jalan daripada atuh beach balik toyapakeh gelap gelita, tidak ada lampu! ada chances juga you kena kejar anjing. 

kami keluar daripada kawasan Atuh Beach pukul 6 lebih. so dah start gelap. dengan jalan sempit gelap gelita kiri kanan hutan DAN KENA KEJAR ANJING... memang SCARY NAK MAMPUS.




Day 2

Pagi tu, terus ke Angel Billabong, sebab read on google it is best you pergi and sampai around 8am. masa sampai tu, memang tak ramai orang. So, boleh la tangkap pic puas-puas.


WARNING;
Jalan je Broken Beach / angel billabong paling teruk. Kalau you bawa motor, please berhati-hati. sebab ada bukit yang agak tinggi, sampai tak lepas nak naik motor. hampir jatuh juga  :(
plus kalau tolak motor, ada chances juga motor akan mengelongsor balik ke bawah. 


Broken beach dan Angel Billabong adalah dalam 1 kawasan yang sama
- entry 5k per pax
- parking 1k






daripada parking, jalan dalam 5min ke Broken Beach. datang awal, so memang tidak ada orang. then jalan turun ke bawah lagi, akan ke angle billabong. kebetulan masa tu, air pasang so tak boleh turun ke kolam bawah. ombak kuat sangat, sampai masuk ke dalam kolam. akan ada local jaga kawasan tu, so kalau you nak masuk illegal turun bawah ke kolam, dorang akan bunyi wisel.




Lepas tu, naik motor balik then ke Kelinking Beach. dalam 30min tak silap, akan sampai. 
Kelinking Beach. masa datang, peak hour. 10-12noon. memang ramai and crowded and the path to go down tu macam traffic jam tak bergerak.  from here, you can see banyak manta ray! 



Akan ada local panjat pokok dan tangkap gambar daripada atas pokok, some will ask 100k for photos. luckily, orang yang tolong tangkapkan our pic ni tak caj apa-apa, just ask nicely and say thank you  :)





Ubud.

Stayed at Ubud Market Hostel. harga booking.com lain daripada harga walk in.
harga booking.com - 50k
harga walk in 40k per pax.
dalam website ada tulis include breakfast, but tak nampak breakfast nya.

we prefer our lattes lagi, haha so hipstur cafe for breakfast will cost you around 130-155k = RM40  (croissant + caramel macchiato + tuna sandwich + cappuccino)
tulis nama coffee pon dah buat i drooling sekarang ini. nyum.


REVIEW ON UBUD MARKET HOSTEL:

- had some issue on the rate masa check in with the staff. but the next day, we both are ok with it.
- katil agak berbau
- toilet tersumbat, major turn off
- toilet ada tingkap sangat besar, orang mandi pasti nampak dari luar.
- aircon sangat slow, set it at 16' pon still macam temperature 23'

advantage duduk hostel is that you mix with other travellers. sempat la juga make new friend. and the loction sangat strategic, betul-betul dalam ubud market.

our plan on last day kat Bali was to go to Tanah Lot. but penat and kena cari baju kat Ubud Market, so decided duduk jelah kat Ubud. Lagipon dah pernah pergi Tanah Lot, so now worries.



Expenses in Ubud.

Lunch di Halal Ubud burger, 40k each (mushroom and cheese burger)
Rattan bag bermula 50k ke atas, for basic bag.
Baju bali 40k ke atas

* boleh try minta discount lagi but I NI TAK RETI NEGO-NEGO NI LOL*  nasib la i ada travel mate yang pandai nego, dia tolong nego kan. hihi.





Airport Transfer

Daripada Ubud ke airport mengambil masa 2 jam.
Taxi tak di benarkan masuk Ubud sebab nak jaga periuk nasi taxi driver dalam daerah Ubud, so they can only pick up kat tepi jalan / kedai makan. tidak di benar kan mengambil di hotel.

Caj Grab - 250k, dalam apps 188k. but dorang akan minta lebih atas alasan traffic jam. some will ask untuk tambahkan 50k, or bayar 300k terus.





Anyways, kebetulan driver grab yang hantarkan ke airport tu muslim. if want to use his service, boleh la contact dia, Munthe. +62 821 450 88791 / IG @munthe_323
sesuai untuk yang travel nak driver muslim sebab senang bawa ke kedai makan halal, plus dia muda, surely will have fun, hehe

summary;

8 Sept          - Sanur, Bali
9 Sept          - Gianyir, Maybank Marathon  + Uluwatu
10 Sept        - Atuh Beach + Thousand Island, Nusa Penida
11 Sept        - Broken Beach + Angel Billabong + Kelinking Beach
11-12 Sept   - Ubud


thats all, hope berinformasi cause thats the point of me writing all this. if tak faham, can whatsapp me number on the right of this blog!! LOVE TO HELP MORE!!  xoxo




You Might Also Like

0 comments