Pulau Mabul, Sabah

11:51 PM

MABUL ISLAND
11 - 14 December 2018



DISCLAIMER:
everything in this post is my point of view as orang luar

My first time beli roast chicken. kalau flight luar negara ada lagi pilihan makanan. but because i dont eat nasi lemak, so ni jelah pilihan yang ada untuk selera aku yang limited ini.



early dinner di Semporna. ada kedai Bajau di tepi laut, so we ordered ketam dan udang butter. and 2 nasi goreng share 4 orang.



Took the 8.30am boat to Mabul. boleh di katakan dalam 40-45mins sampai by speedboat. Trip kali ini stay Billabong Scuba.  last time i went, kitorang stay Uncle Chang.



just like any other homeless, once you give, they keep coming back and ask for more. avoid giving money but giving food lah kot. we gave them gardenia.




Ketam akan di jual per tali. 1 tali ada dalam 5 or 6 ekor, ikut kebesaran. puas hati, ketam fresh isi rasa manis. Billabong Scuba tolong masakkan with upah.




HARGA LOBSTER

kalau seller tu ada tinggal 1 je lagi lobster untuk dia habiskan stock jualan dia pada hari itu, harga boleh turun ke RM50 je seekor for a VERY BIG LOBSTER, sepanjang lengan tangan orang dewasa.

kalau harga kebiasaan, time ramai2 seller datang berkerumun, harga adalah RM60-RM70 seekor. Harga pembukaan adalah RM150-RM300 seekor.

Harga udang lipan adalah RM30 seekor but boleh ditawarkan ke RM15 seekor, medium size.

Aku di fahamkan all these lobster stock adalah daripada kilang berhampiran sebab terdengar these bajau sellers borak-borak dengan local.









Fresh coconut here is RM3 each, for the kelapa sejuk its RM4 each. 
sedang elok panas terik minum air kelapa.





1 round pulau akan mengambil masa hanya 30mins sahaja. Ada kedai runcit, ada kedai jual siput. Petang-petang ada tournament basketball, so ramai orang kampung berkumpul kat padang
basketball tengok game. kedai jual siput. boleh dapat sampai 50sen per siput. 





SEA TURTLE! kat jetty ni senang betul dapat tengok penyu. baru jalan 5 min dah nampak penyu.




Started following instagram yang buat activity beach / sea cleaning tahun ini, so decided to do my own activity. kutip plastic dalam laut semasa snorkling.




SNORKLING TRIP

Billabong Scuba akan bagi 3 snorkling trip to 2 points di Mabul + 1 point di Kapalai.
setiap point akan mengambil masa dalam 35-40mins sahaja. terlalu sekejap. untuk puaskan hati, better awal pagi or petang, pergi la ke pantai sendiri then snorkling sendiri.

8am trip - Mabul
10am trip - Kapalai
1.30pm trip - Mabul


8am trip - Mabul
Puas hati sebab aku nampak udang lipan and a big string ray datang berenang berdekatan.

10am trip - Kapalai
Arus laut deras kat sini so guide akan join in sekali dan bawa pelampung. 

1.30pm trip - Mabul
Point kat sini adalah di Borneo Divers Mabul Resort. cantik coral kat sini.





 while waiting for the sunset. this is in front of Sipadan-Mabul Resort. tak dibenarkan mandi di sini sebab ada warning stingray. 









Dinner. Billabong Scuba sediakan makanan breakfast, lunch and dinner.  kalau kita beli hasil laut daripada orang bajau, kita boleh la suruh dorang tolong masakkan. upah masak, Buttermilk RM20. kalau stim / rebus, RM10.

Buttermilk lobster. 1 lobster di belah 2. berapa banyak lobster perlu beli untuk sendiri makan?  2 lobster sebenar nya sudah mencukupi untuk 1 orang makan. plus 1 udang lipan.




awal pagi terakhir kat sini, datang balik ke jetty untuk snorkling puas-puas. masuk je dalam air, ada penyu besar tengah berehat kat tangga.   :)



kedalaman air di jetty. awal pagi current dalam air sangat kuat, sampai berenang tak bergerak. waited a few minutes untuk air kembali tenang. Kedalaman air agak dalam.




EXPENSES

I guna apps SPLID, ada dalam both apps store dan play store, free. It shows me how much i hutang my parents and how much my parents hutang i. so, tak wujud laa ketidakadilan kat sini. tak ada lahh parents i kena tanggung semua, jenuh juga tu.

sebelum wujud apps ni, biasanya expenses akan di bahagi ikut siapa bayarkan hotel, siapa bayarkan flight, siapa bayarkan makanan. but mesti laa yang kena tanggung flight paling banyak kena keluarkan duit, sebab flight mahal kot.

untuk siapa yang nak full expenses, sila email i miera_610@yahoo.com or whatsapp jelah terus senang. number kat belah kanan blog.

but nak warning siap2, that this is not a budget trip or a 5 star trip. hanya lah trip yang selesa untuk sebuah keluarga berempat.  Mabul trip sahaja tanpa island hopping + Bohey Dulang, non-divers.

total cost TERMASUK flight + luggage, parking, pengangkutan, tempat tidur, snorkling dan makan.






Thats all. thank you so much for reading. xoxo


You Might Also Like

0 comments