ETIQA Travel Insurance

by - 9:21 AM

Hello, this post it about travel insurans. Ini adalah 1st time beli travel insurans, so if you whatsapp me to ask more question, mungkin i tak dapat jawab sangat, hee.


Kenapa beli?

bermula tahun ini, tahu kah anda semua,yang cikgu-cikgu ( i do not know for other pekerja kerajaan) tidak lagi ada insurans kalau mereka ingin ke luar negara, seperti tahun-tahun lepas. Ada pekeliling yang sudah keluar, menyatakan bahawa pekerja kerajaan (guru-guru) kena beli insurans sendiri, baru permohonan mereka untuk ke luar negara di luluskan.





Di sebabkan, my parents terutama nya my mama ( seorang cikgu ) perlu isi borang ke luar negara, permohonan dia di tangguhkan sebab tidak ada insurans sendiri.

but small matter je pon   :)
bahkan, bukan masalah as i do think insurans adalah sangat penting in case ada benda yang tidak di ingini terjadi sewaktu kita tengah travel.



Point apa yang saya pilih semasa membuat keputusan on which insurans yang saya pilih?

I refer to this website, RINGGIT PLUS. ada banyak lagi website lain yang boleh you refer to bila nak pilih insurans, but antara semua website, website Ringgit Plus ni macam more friendlier and nampak jelas setiap points dan perbezaan antara lain-lain company. 




Kenapa saya pilih Etiqa?

sebab banyak positive review yang i baca from facebook page Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Ramai yang review, proses untuk claims insurans nya senang dan cepat. selain daripada harganya yang murah. 

Jika bukan Etiqa, my second option will be AXA Affin.



Apa coverage yang i tengok semasa buat keputusan?

Disebabkan i akan travel ke negara Asia, so i tengok apa yang cover hanya untuk bahagian Asia sahaja. untuk luar negara, Etiqa hanya ada 2 insurans, Etiqa TripCare 360 Takaful dan Etiqa TripCare 360. 

Beza nya adalah;

Etiqa TripCare 360 Takaful cover Medical Expenses ( Cover for hospital charges related to accident and injury), manakala Etiqa TripCare 360 tidak cover. itu sahaja i perasan beza nya selain daripada nilai coverage setiap point.

Both cover bawa balik mayat kita kalau kita tetiba meninggal di luar negara. benda ni yang paling i utama kan sebab SANGAT MAHAL OK kalau kita meninggal di luar negara. nak tanam di negara sana pon mahal, nak bawa balik ke negara kita pon mahal. dan tak pasal-pasal nyusahkan sanak sedara kat Malaysia nanti.

akhirnya, pilih Etiqa TripCare 360 Takaful .



cara untuk membeli?

Website: ETIQA TRAVEL




Apabila click 'BUY NOW', akan keluar page di bawah. Click 'Destination' dan click location mana yang you akan travel nanti. Duit tidak akan dapat balik ye jika tidak claim. harap maklum.

For me, i akan ke negara Asia sahaja, so i clicked 'Asia'





Next, adalah Cover Type. Di sebabkan i beli untuk diri sendiri, i pilih lah 'Myself'. dan pilih 'Single Trip' sebab i sendiri tak ada plan lagi ke mana akan travel lagi untuk bulan akan datang.

Jikalau you membeli untuk parents you, you boleh pilih 'Myself and Spouse'. Isikan sahaja details parents.

Jikalau, you adalah parents dan mahu beli untuk anak-anak sekali, boleh la tick 'My Family'. tapi ada had umur anak-anak bawah 18 tahun kalau tidak silap. Atas daripada itu tidak boleh dah kategori kanak-kanak dan perlu membeli atas kategori 'individu'.

jika mahu beli untuk rakan- rakan, boleh pilih 'myself' dan segala details adalah details kawan kawan you.




Next, adalah travel period. masukkan exact tarikh you akan travel nanti.




Next, adalah plan mana you nak pilih. untuk i, i pilih yang Silver sahaja.

Apa bezanya each plan?
Semakin mahal plan, semakin tinggi medical coverage nya dan semakin tinggi nilai cover kalau ada travel delays

silver plan TIDAK ADA trip cancellations (tiba-tiba you tak jadi terbang ke) dan loss of travel documents (passport you hilang or kena curi semasa di luar negara..)


yang lain, semua sama  :)


ikut kepada you, nak pilih yang mana. sudah semestinya lah semakin tinggi coverage, semakin bagus.






Kemudian, masuk kan segala details you. simple sahaja details yang perlu di masukkan.

Harga individu mahal sikit berbanding beli untuk 'myself and spouse'. kalau myself and spouse, hanya RM20 per pax.




Kemudian, buat bayaran.



Tamat, Etiqa akan bagi summary of your insurans. senang, kan?






Selepas selesai semuanya, Etiqa akan hantar 2 email

1- copy of e-Policy and Tax Invoice./ Receipt untuk kita punya reference.

2- compressed attachment file beserta langkah-langkah untuk dapatkan password, bagi buka attachment file tu.


Disebabkan trip i next month, so i tak ada lah claim apa-apa lagi. harap lah doa agar tidak perlu claim apa-apa, janji selamat pergi dan selamat balik. hope this helps you travellers out there beli insurans. 

xoxo!  thats all


*update 9 March 2020*
i have an upcoming trip this weekend to Indonesia. unfortunetly, di sebabkan masalah dunia Coronovirus convid-19 tengah melanda, my mom would like to cancel the trip.

i called Etiqa for her.
- plan takaful boleh dibatalkan, dengan syarat tuan punya plan yang kena call untuk batalkan sendiri. in this case, my mom has to call Etiqa sendiri to cancel the plan

- Etiqa hanya akan refund amount yang dibayar untuk plan takaful SAHAJA. tiada apa-apa refund akan di terima untuk flight.

- perlu cancal sebelum trip.





** update 29 February 2020: this post receive a LOT OF FEEDBACK from you guys LOL. thanks for reading and commenting. unfortunetly, i cannot reply back your comment sebab masalah setting blog. but i do read each and every comment. terima kasih, saya terharu haha. if any ques, you are free to whatsapp me. my number is on the right side of the blog, under 'about me' section. **




You May Also Like

4 comments