ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong

by - 8:54 AM





HELLO!   :D

Really sorry for the long hiatus. aku ada masalah dengan apps blog ni, so nak upload gambar ke blog susah. kan senang, kalau ada apps, then gambar daripada phone upload terus ke blog melalui apps.

but because dah repair the apps, i am back! Last week, cuti Deepavali my family decided untuk ke Pahang. Hot Spring Bentong ini adalah malam ke-2 percutian. Malam pertama percutian nanti, akan upload kemudian, sebab belum upload gambar lagi ke blog.  



ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong
2hari1malam
1 room with 3 single bed


Tempat ini bagi aku, cantik! Bangunan baru, kolam cantik, air hot spring nya suam panas-panas sedap dan sedang elok, cuma.... management memang OUT!  but kita cerita yang indah-indah dahulu,

  • Free parking, semestinya. dan parking dengan bilik pon walking distance. Takperlu jalan jauh-jauh.
  • Sangat sesuai untuk family. Kolam kanak-kanak luas, kalau bawa budak-budak, memang seronok!
  • Ada wifi dalam bilik. Kelajuan wifi pon ok.
  • Atleast kudos, ada iron di sepanjang hall kami. Kelakar pon ada, kat hall ada beberapa meja, then dorang letak iron. Hilang ke-exclusive nya kat situ but pedulik apa kan, janji benda tu berguna and kita boleh iron. 


yang tidak indahnya,...
  • Kami checkin at around 2-3pm, but bilik separuh siap. Sarung bantal tidak di pasang. Bila call housekeeping, alasan di beri adalah laundry tidak sampai lagi. Gambar katil di bawah adalah betul-betul time masuk bilik, tidak di sentuh apa-apa lagi. Selepas call, staff datang bawa sarung bantal, pasang sendiri.
  • Semasa hendak masuk bilik, kad access pintu tidak boleh di gunakan. Terpaksa turun bawah balik, dan diberi kunci bilik biasa.
  • Semasa checkin masuk ke dalam bilik, sepanjang hall depan bilik, banyak pinggan kotor yang belum di kutip oleh staff. and guess what,... keesokkan hari kami checkout, semua pinggan kotor masih berada di hall depan bilik masing-masing. 
  • Depan bilik kami, ada diapers kotor. Juga tetap tidak di buang or di kutip daripada kami check in sehingga kami check out. GROSS.
  • I did notice shower macam ada masalah tersumbat, but sekejap sahaja.
  • Tiada jalan berbumbung daripada tempat malam ke bangunan bilik. so, bayangkan kalau hujan, memang basah. and bayangkan kalau you order room service, hantar makanan ke bilik, memang makanan you akan masuk air hujan. Time i pergi ni, memang hujan time tu. 
  • Cadar katil kotor, ada small stain. Tutup mata jelah.
  • Kawasan villa nya tidak di uruskan dengan baik. Rumput macam sudah lama tidak di potong.
  • Free breakfast but breakfast nya sangat sendu. Ada coffee, but gula and creamer totally habis, dan tidak di tambah pon. Meja makan kotor. Malam tu kami terpaksa dinner kat situ sebab tiada kedai makan yang berdekatan, i terpaksa lap sendiri meja makan. sebab kotor.

But complain kat blog pon, tak guna kan? so time checkout, i pergi kat staff di receptionist, complain pasal pinggan tu. complain nicely la, feedback yang di terima adalah, ' baik, saya akan suruh staff saya datang kutip nanti'  lama betul staff tu akan kutip pinggan sampai 24jam tak kutip-kutip. 

Kebetulan, ada di beri feedback form juga. Isi, kemudian serahkan kepada manager hotel. Harap sangat ada penambahbaikan, sebab tempat memang cantik, ada hot spring dan selesa, cuma masalah management sahaja rasanya. 










Thats all! Do wait for my next post untuk yang 1st day punya percutian Deepavali. xoxo




You May Also Like

0 comments