Seongpanak Trail, Mt. Hallasan

by - 8:01 AM

Mt. Hallasan
Seongpanak Trail


Before i begin, you must wonder how fit am i? Not that 'fit' and not that 'not fit', more to in-between.  I do run few times a week, then hujung minggu kadang-kadang i masuk running event, min 10km ke atas.

Sepanjang perjalanan, i did see a boy semuda dalam darjah 3 or 4 dan setua-tua warga emas berumur 79 tahun.

What shoes to wear? 
Trail adalah wooden pavement + wooden stairs and volcano rocks. Part berbatu tu yang menyebabkan you perlu pakai atleast trail shoes kalau you tak nak pakai hiking shoes. Hiking shoes lebih elok, lagi-lagi yang tutup bahagian ankle, sebab ada kebarangkalian batu licin then you terjatuh.
Elakkan memakai running shoes or sneakers. Memang ada yang pakai, lagi-lagi budak-budak muda. but bukan sahaja kasut you akan rosak, kaki you pon tak di lindungi.



Here goes,..

Pagi tu, i terlepas the earliest bus to Seongpanak, so i took the 2nd earliest bus, at 6.12am from Jeju Intercity Bus Terminal  (BUS NO. 281), 1200 won per way. Bus berjalan setiap 12-15mins.

Subuh pada hari itu adalah around 5.40am.  So, bangun bersiap then panaskan Brahim then to the bus stop. Sampai Seongpanak entrance hampir pukul 7am, masih gelap lagi. Masa perjalanan daripada Jeju Intercity Terminal ke Seongpanak entrance adalah sekitar 40-45mins.

Ada 2 trail sahaja yang sampai ke puncak, Seongpanak Trail dan Gwaneumsa Trail. Seongpanak Trail lebih senang tapi jauh, manakala Gwaneumsa Trail dekat sikit tetapi lebih susah.

So, photos below was taken semasa balik sebenar nya.





If you are wondering how the entrance looks like, macam ini lah dia, simple sahaja. Gambar di ambil daripada bus stop.




Sepanjang trail, terbahagi kepada 3 jenis kesusahan, easy (yellow), moderate (green) dan hard (red).

Ini adalah trail bahagian 'easy'. Kebanyakkan nya adalah trail berpapan sahaja. Diselang seli dengan trail berbatu sikit.









Ini adalah salah 1 stop di bahagian berwarna 'merah'. Tahap kesukaran 'susah'. Time ini, memang ramai yang sudah start penat. Ramai yang berhenti makan + minum, termasuk lah saya.

Banyak mana makanan perlu di bawa?
For me, i just bring 1 pack of Brahim sahaja. cukup untuk breakfast + lunch. and 2L air, cukup untuk minum sepanjang 9 jam + wuduk. dan roti hazelnut yang di beli kat 7E semalam.




Ini adalah contoh trail berbatu. Naik masih ok lagi, but part turun, memang time tu lah fikir kan keadaan kaki dan kasut. Beberapa kali juga lah aku tergelincir time turun. Sebab batu licin.  Memang ada hikers yang tergelincir jatuh, walaupon ada hiking pole.

Aku perasan mostly hikers kat sini pakai 2 hiking pole.




seriously, kerja aku memang asyik tengok jam je. PENAT.

Pinjam my friend's amazfit stratos. Garmin aku tinggal Malaysia   =)



Made friends with a group of Korean hikers. Dorang pernah datang Malaysia, so seronok lah bila dapat tahu kita ni Malaysian. walaupon communicate macam ayam itik but faham la juga basic english dia tu.

Kalau pergi Indo, kita famous dengan upin ipin. Kalau Korea pula, dorang mention KLCC or Kinabalu or hijab or.. ada sekali tu ramadhan pon di mention nya, teheeeeeee'

Dapat limau and peanuts daripada dorang. and lepak sekali kat Jindallaebat Shelter.



Ini adalah hentian kedua dan terakhir yang ada toilet, Jindallaebat Shelter. You kena sampai sini sebelum 12noon during winter, untuk melayakkan you teruskan perjalanan ke peak. 

Toilet di sini tidak ada tong sampah dan air. Kena bawa turun sampah sendiri. Kalau nak buang tissue, just buang je dalam toilet bowl dan flush terus. Kerajaan sini memang ajar rakyat dia untuk buang tissue dalam toilet bowl.

And air flush dia kotor tau. Jangan ingat orang poo poo pastu tak flush pula. Memang air flush nya kotor.



Pondok di Jindallaebat Shelter menunjukkan arah ke summit. Tiada penjaga pon, so tak pasti siapa yang akan stop you from going up kalau you dah terlebih pukul 12noon.





Ini berehat kat bahagian susah. penat sangat time ini. Datang beberapa 'warga emas' Korean lepak sekali. Time ini, memang ayam itik betul sebab basic english pon dorang tak tahu. Nasib datang pakcik sebelah kanan ini tolong translate kan. Rupanya nak borak pasal umur. Umur pakcik sebelah kiri aku ini, 79 tahun! Gagah gila. but peramah sangat. Setiap kali jumpa, mesti angkat tangan tegur!   :D




This is the stop for the 'hard' part.







AKHIRNYA.... ALHAMDULILLAH!   :D
5 jam sampai ke peak!








The reality... ramai. Semua orang tengah berehat. Lagi heaven kalau bawa air panas + maggi, but bag aku dah cukup berat bawa 2L air. cukup lah dengan Brahim 1 bungkus aku tu.






The famous selfie spot. Kalau perasan gambar orang naik Hallasan, mesti ada selfie macam ini    =)




Still ada saki baki snow daripada 2 hari lepas. Tak sejuk, berpeluh-peluh aku. and ada hiker offer tolong tangkap gambar.   =')


 

Sijil hike Mt. Hallasan. For you to get the certificate, you need to take a photo with this rock. Memang ramai gilaaa beratur nak tengkap gambar dengan batu ini, but selfie sahaja pon boleh. tak perlu beratur.  Just pastikan turun sebelum 5pm, dan collect the certificate di office bawah, dengan bayaran 1,000 won sahaja.





Reality... the amount of people queuing to get photo 
with the rock.






Masa nak turun bawah, dah start berkabus. If you are wondering mana nak solat zohor, can solat di Jindallaebat Shelter.  Turun daripada peak ke Jindallaebat Shelter akan mengambil masa 1 jam. so you will arrive back at Jindallaebat Shelter pukul 12 lebih, sudah masuk zohor. Orang pon tak ramai, so can solat anywhere. 2L air yang bawa tadi cukup untuk minum + wuduk.



My new trail shoes that i got online from Zalora! perfect for trail + hike + travelling. Yang penting, kena perfect for travelling because you will walk around 20k-30k steps in 1 day!! so you need very comfortable shoes and kasut yang boleh bawa hiking sekali. These are from Salomon!  :D




Masa turun, i made friends with 2 Indonesians from Jogja yang sudah 2 tahun bekerja dekat Busan. Datang Jeju ikut company punya percutian, dan terpaksa naik Hallasan, kelakar juga la hihiiii. Ini dorang tengah kalut turun bawah sebab takut kena tinggal.



Tadaaa, dapat sijil. It took me around 5 hours to hike up and 4 hours more to get down, so a total of 9 hours all. Puas hati sebab this was my main goal coming to Jeju.



Thats all! please wait for my other post on Jeju, ok?  
and if you want to read on my WHAT I PACK FOR MY JEJU TRIP, CAN CLICK HERE!

xoxo


You May Also Like

0 comments