Immigration + South Jeju: Seogwipo

by - 9:44 PM

Immigration;

Hello, this post is about my 1st and 2nd day. Will try to make it as simple as possible. I travel solo, so perjalanan i semua bergantung kepada public transport! and i akan highlightkan dalam post pros and cons naik public transport. sebab biasanya kalau datang Jeju, orang akan sewa kereta. but because i am alone, untuk sewa kereta sorang-sorang, bagi i agak mahal. (sewa kereta + buat lesen antarabangsa)  Sampai airport, i terus pergi 7E beli beli T-Money, card 4k won + top up 20k won. 

And i did not buy luggage so i cant bring a lot of things untuk muatkan 7kg bag. Makanan hanya bawa 2 sahaja, maggi pasta dan 1 bungkus brahim (nasi goreng kampung). Both tidak mengandungi ayam atau daging yang tidak di benarkan oleh Korea.

Semasa di dalam flight, stewardess akan bagi borang arrival. Isi dengan SELENGKAPNYA, alamat dan num phone pastikan betul. Semua maklumat ini ada lengkap diberikan semasa you booked your hotel / hostel.


Jangan risau jika passport you kosong. Passport i pon kosong sebab baru renew pergi umrah awal tahun hari tu. I juga bawa IC, sebab i baca somewhere if you lose your passport, pihak embassy akan minta your IC sebenar untuk mendapatkan emergency passport. Sebagai backup, i sediakan semua document booking dalam bentuk hard copy. 

- Passport
- IC
- Itinerary
- Flight booking
- SSM + business card
- Insurans
- Hostel Booking

I juga tidak membuat declaration list, sebab i tak ada benda pon untuk declare. Process immigration i berjalan dengan sangat lancar, dan sekejap. Tiada pandangan tajam or soalan. Cop fingerprint atas mesin seperti biasa, kemudian tangkap gambar + cop passport, and out i go.


Keluar Airport;

Airport Jeju sangat teratur. Nak tahu which bus station you need to go pon, senang. Download Kakao apps sahaja. Dalam apps nanti, akan tunjuk which bus to board.

Untuk naik bus, touch your tmoney card. nanti skrin akan tunjuk baki tmoney card kita. untuk turun pula, touch again your tmoney card. simple sahaja. kalau di Malaysia kita, macam kad touch & go.

Dalam bus, akan ada skrin menunjukkan setiap bus stop yang bus akan berhenti nanti. kebanyakkan nya tulisan Korea, ada juga tulisan English bagi hentian yang famous. untuk kepastian, please rely on your Kakao apps. kang takut terlepas hentian kita pula. Kalau nak turun pula, tekan je loceng tepi tingkap.




2nd Day;

Nak kata i keluar awal pagi sangat pon tak, dalam 10am. But kebanyakkan kedai tak buka lagi. Yang i perasan, ada Nike store. Yang lain, kedai-kedai souvenirs + kedai art.



Selepas berjalan dalam 20mins, akan sampai,
Jeongbang Waterfalls. +82 64-733-1530






Kemudian, patah balik ikut route yang lain, sebab bosan pula kalau balik jalan ikut yang sama, akan lalu Olle Market. untuk ke Cheonjiyeon Waterfall. UNFORTUNETLY, i got lost cari entrance end up aku tak masuk pon ke waterfall tu. tengok daripada jauh sahaja.



Bengang sebab i couldnt find the entrance to Cheonjiyeon Waterfall, so i took a bus to Oedolgae rock, dalam 5 mins je naik bus, dekat! Tempat ini sesuai untuk family, pemandangan yang cantik, trail pon ok. tak perlu hike or jalan jauh jauh or naik tangga curam.





Then i had to walk to the 'nearest' bus stop dalam 10 mins berjalan. Cons of naik public transport adalah, kadang-kadang there is NO NEAREST BUS STOP. the nearest bus stop kadang-kadang adalah 10-15min berjalan naik bukit. kalau you sorang, its ok. but cuba bayangkan kalau you bawa orang tua / parenst / rakan yang ada anak. not advisable.

Then bus ke certain place tak semestinya sentiasa ada . contoh daripada Oedolgae Rock ke Cheonjeyeon Waterfall, interval bus adalah setiap 20-25min sekali. So, melangut lah i kat situ tepi jalan (tiada proper bus stop, cuma tiang bus je) tunggu bus. agak a waste of time. 



Cheonjeyeon Waterfall
+82 64-760-6331

Perjalanan mengambil masa dalam 30 mins. The first waterfall. Tak ada air. Hanya ada waterfall kalau hujan sahaja. Dekat sahaja dengan entrance. Sesuai untuk famillies. 


The 2nd waterfall. Antara ketiga-tiga waterfall, the 2nd waterfall paling cantik. Still sesuai untuk families yang ada anak-anak or warga emas. still walkable. 




Daripada atas jambatan nampak Mt. Hallasan. tengah penuh dengan snow!



The 3rd waterfall. Jauh berjalan ke bawah. But semua tangga kayu sahaja. tidak sesuai untuk yang ada anak-anak or warga emas. but still walkable. Waterfall nya tak ada lah nampak dekat sangat.




Then naik bus, untuk lunch!
Lunch di Chunsiminie. ada sticker muslim friendly di pintu restaurant. Staff kat sini ramai sangat. Friendly pula tu. akan di serve seperti dalam hotel 5 star. Rasa very welcoming walaupon i datang sorang. They suggest me untuk ambil set for 1 person, 15k won. Mahal, haha but boleh tapau untuk makan malam sekali. pilih makanan mana you nak makan sahaja, yang nak tapau bawa balik tu jangan lah usik.

I dicadangkan untuk order grilled cutlass fish aka hair tail fish, dengan tambahan 15k won lagi but tak amik, sebab its too expensive from me   =')
If you are a foodie, boleh lah rasa. but me, i bukan jenis suka makan sangat. 




Kiri: I di beritahu ini adalah perut / bahagian dalam usus ikan. ntah la.
Raw dan kenyal. Rasa agak pelik.

Kanan: seaweed. rasa Jelly.

 


stew apa ntah, lupa. 
but rasa dia macam ikan asam pedas. 


Habis lunch, keluar restaurant tunggu bus lagi for another 20-25mins untuk ke Yongmeori Coast.




Yongmeori Coast 
+82 64-760-6322

Bagi i, tempat ni cantik. sejuk sangat sebab angin terlalu kuat. 
Pemandangan tepi laut pon cantik.  Jalan sepanjang coast pon senang,  
cuma kena berhati-hati ada batu yang agak licin








Selepas Yongmeori Coast, naik bus ke Innisfree and Tea museum. UNFORTUNETLY, tak kesampaian.

Bila you buka apps Kakao untuk tengok which bus, ada masa nya tiada direct bus untuk ke sesetengah tempat. Maksudnya you kena transit di certain place, then berjalan to another bus stop untuk ambil another bus to your final destination

heres the thing... bila i check the bus, i berjaya sampai ke transit pertama then perlu tukar ke another bus untuk ke Innisfree. PROBLEM IS, my connecting bus tidak berjalan pada hari tersebut. mana lahhhh i tau. dah la 1st day baru berjalan sini, apps pon baru nak belajar guna. end up tersadai lah i sorang-sorang kat tengah kampung mana pon tak tau lah.

end up balik hostel terus lepas tu.



I sampai balik hostel dah malam. ambil luggage then i had to get a bus ride to the east of Jeju pula. will continue in another post! xoxo


You May Also Like

0 comments