Bukit Jugra Trail Guide

by - 7:51 AM

BUKIT JUGRA, BANTING



All photos are by,.. me. I decided to blog about Bukit Jugra, sebab i once google about it then tak banyak info yang jumpa. Lagipon, i am a local here. I think it is my job untuk promote my small lil town Banting. 

Safe for solo female hikers or beginners?
Tidak ada siapa yang akan galakkan you masuk hutan secara solo, it is advisable untuk berteman. but, yes. setakat i pergi naik solo, it is safe. It is better you go on weekends, di mana you tahu akan pasti ada hikers lain yang naik juga.  Kalau weekdays, takut terlalu sunyi and in case anything happens to you, susah pula nanti.

Trail pula jenis trail yang terang dan nyata.

Ada 3 jenis cara nak naik Bukit Jugra
  • Jalan tar  (4km return)
  • Long Trail (hampir 2km)
  • Short trail (1km+)
Selain daripada 3 cara ini, mungkin ada cara lain yang other locals tahu, but setahu i, ini sahaja cara nya.


How to get here?
Try to waze Bukit Jugra. or kalau you nak naik ikut trail, can waze Masjid Al-Muttaqin Permatang Pasir, Jugra, Banting. Biasa i akan datang pukul 7am. sedang elok matahari baru nak naik, so cuaca pon tak panas.

Ada anjing?
Ada. banyak. but bukan anjing liar yang ganas and they are not in group. You tak kacau anjing, anjing tak akan kacau you.


How many litres of water should you bring?
I usually bring my 250 ml soft flask for 1 loop = 7km. It should be enough. You do not want to over drink, takut senak perut. Unless i want to do 1 loop + short and long trail = 11km, then i need 1L.

For this post, i naik melalui LONG TRAIL > LIGHT HOUSE > turun JALAN TAR > naik SHORT TRAIL > turun LONG TRAIL, so that you dapat gambaran semua jalan. Total mileage adalah dalam 11 km, dalam 3 jam, bagi pace slow. 

For 1st timer, i cadangkan you ikut marking yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), or ikut je mana mana hikers yang naik dengan you sekali. 


contoh marking yang disediakan MDKL.



Sebelah kiri, adalah Masjid Al-Muttaqin 
Permatang Pasir


Biasanya orang akan start park depan kawasan masjid or depan kedai-kedai kayu hadapan masjid juga. 


Naik melalui jalan ber tar ke tangki pam air. hujung sekali, turn left. akan nampak sign board starting point.





Dalam 5mins hike melepasi tangki pam air, akan jumpa cabang short trail or long trail. For this post, i naik long trail, sebelah kanan. Long trail lebih santai, ada kala mendatar, adakala mendaki naik. 

Untuk yang nak train untuk event trail run, boleh ikut long trail. atleast you boleh berlari.

Apabila you sampai di simpang ini (gambar bawah), akan ada 2 cabang. Kalau you ikut marking MDKL, akan membawa you ke meeting point. Tetapi, kalau you terus, tidak ikut marking MDKL, you akan terus ke kawasan lapang kem.

For 1st timer, i cadangkan you ikut kiri, ke meeting point.



Gambar bawah, apabila kita naik ke kiri. ke meeting point.





MEETING POINT!   =)
i was here during the weekends, Saturday. biasanya ramai but hari tu sunyi pula.


kalau you naik melalui long trail, you akan sampai meeting point. daripada situ, akan ada 2 jalan.

kiri        - turun bukit melalui short trail
kanan    - ke light house.



teruskan perjalanan ke lighthouse.



Di penghujung, you akan sampai di sini. Ada 2 cabang.

Kiri        - ke light house Jugra
Kanan    - kawasan lapang kem



Ini adalah kawasan lapang kem. Tiada apa-apa pon di sini. ada banyak monyet hitam. Biasa nya orang akan datang sini, berkumpul then borak-borak kemudian, patah balik turun semula.


Jika di cabang tadi, you ambil ke kiri, ke arah light house, you akan jumpa 1 lagi cabang. 

Kiri       - patah balik ke meeting point ikut jalan   
              yang berlainan.
Kanan   - ke light house




Ini adalah laluan jika you pilih cabang ke kiri, you akan lalui trail seperti dalam gambar di bawah, terus patah balik ke meeting point.




Ini pula laluan kalau you pilih cabang ke kanan, ke lighthouse. Inform awal-awal, yang laluan di sini sempit dan curam. Tidak di galakkan berlari (trail run) di sini, sebab kalau tersalah langkah, jatuh dalam curam bawah tu.








Hampir di penghujung trail, mendekati pagar kem akan lalu semak samun. Just be careful here.


Di penghujung trail, you akan sampai di pagar kem. You akan keluar dekat arrow, dalam gambar di bawah. Daripada sini, sampai lah ke bawah jalan utama, semuanya adalah jalan bertar, tiada lagi trail.
Starting di sini, akan ramai orang dah. Sebab usually people akan naik Bukit Jugra melalui jalan tar berbanding trail.




Sampai lighthouse. Kat sini lah ada activity paragliding. I pernah cuba sekali je, best juga.



Kalau penat, boleh stop bergambar kejap. Nampak sungai + Pulau Carey + Jerat Cina.



Ini adalah starting Jalan tar. biasanya orang akan parking di bawah sini. Kalau you taknak naik melalui trail, dan nak start melalui sini, daripada sini sampai ke pagar kem adalah dalam 4km return.




Then, daripada sini sampai lah balik semula ke Masjid Al-Muttaqin Permatang Pasir, adalah dalam 3km. 

Gambar di bawah adalah naik trail melalui short trail pula. Terang dan nyata trail nya, di bantu oleh tali and marking.




Thats all! harap membantu. happy hiking!  ;)
xoxo


You May Also Like

0 comments