Hello! Post ini adalah tentang my recent trip to Hat Yai, ikut travel agent. Trip adalah daripada Semenyih - Hat Yai. I will try to write everything i remember, ok? apa yang di tulis dalam post ini nanti hanya lah pandangan peribadi saya sahaja :)
Kenapa travel agent? I thought you dont like going with agencies?
This was actually my sis's trip with her friend. Bulan lepas tak ke mana-mana, so join la sekali. Mind you, kalau you naik flight, harga flight sahaja beratus-beratus, Air Asia pula tu. Tak termasuk luggage dan makan. Tak berbaloi langsung nak pergi Hat Yai but harga flight dah macam nak fly ke luar Asia.
kalau you suka trip ramai-ramai sesuai la pergi dengan travel agent. setiap tempat stop, dorang akan suruh bergambar ramai-ramai sambil pegang signboard travel and tour dorang, ehehee'
Harga package?
RM289 per pax. Trip adalah under Rantau Warrior Travel and Tour. Itinerary berubah ikut keadaan.
Seminggu sebelum trip, agen akan buat whatsapp group. Senang untuk communicate nanti. Seat juga di tetapkan oleh agent siap-siap ketika group whatsapp diwujudkan.
Berkumpul pukul 8 pm di Masjid Semenyih. Bus nya datang tepat pada masa, efficient. Sepanjang trip, tiada masalah delay langsung. Dalam bus, agent edarkan kek gula hangus dan air mineral. sedap kek nya, serious.
Bermula dengan name check, kemudian sedikit taklimat dan memperkenalkan setiap agent, seramai 4 orang untuk trip ini. Ubat mabuk pon di berikan sebelum bertolak, bagi yang minta. Plastik kosong pon ada untuk membuang sampah dan muntah.
Pukul 8.30pm, bus berhenti di Batu 9 untuk ambil lagi passenger.
Hentian pertama adalah di RnR RTC Perak untuk solat Isyak.
Hentian ke-2 adalah di Masjid, daripada 5-7am, untuk solat subuh, tukar baju dan perkemaskan diri. Tidak mandi.
Pukul 7.30am, kami sudah sampai border Malaysia Thailand. Kebiasaannya kita akan masuk melalui bukit kayu hitam atau padang besar, tapi di sebabkan time ini adalah time cuti bagi Malaysia, so kitorang masuk melalui Durian Burung. dan trip adalah ke Songkhla dahulu, baru ke Hat Yai. Kita punya immigration kat sini cantik betul berbanding border immigration Thailand. Jauh beza.
8am kami start queue untuk cop passport. Sekejap sahaja, dalam 20 min beratur dan cop.
Kemudian ke border Thailand pula, juga sekejap sahaja. dalam 15min settle semua.
1st stop adalah, Tang Kuan Hill.
Agent tetapkan 1 jam untuk kita spend time di sini.
kalau you pergi sendiri tanpa agent, avoid pergi time banyak tour bus datang. sebab nak naik lif ke atas ini, lambat. lif nya agak slowwww.
kat atas ada tokong Buddha, lighthouse dan boleh nampak bandar Songkhla.
kemudian, ke Kepala Naga, Samila beach. sekejap sahaja di sini, around 15mins just for photos. lagipon cuaca panas sangat time tu.
Next, ke mermaid. spent around 1 hour here, till 1.40 pm. Ada kedai-kedai untuk kita jalan-jalan di sini. Pantai sini meriah sikit. ala-ala Port Dickson kalau kat Malaysia.
The queue to take photo with the mermaid statue. Malas la aku nak beratur.
Next, singgah solat di masjid.
Next, singgah to another masjid. Masjid Wilayah untuk bergambar. time ni dah start hujan renyai-renyai.
Lunch! steamboat. 230 baht per pax = RM30 seorang. sebelum datang sini, macam tak puas hati gak sebab mahal semacam. and dah la harga tidak termasuk dalam pakej. kena bayar sendiri. but bila dah lapar dan makanan pon banyak pilihan, heaven sangat rasanya. puas hati makan kat sini. berbaloi.
heres the place kalau you nak datang sini juga. habis makan, check in hotel. semua nya smooth. process check in, di uruskan dengan baik by the agents.
Malam adalah free dan easy. Boleh pilih untuk ke Asean Market atau Lee Garden or mana mana tempat lah kau nak pergi. For my family, we love markets! Tuk tuk daripada hotel ke market adalah dalam 20 baht per pax. Kami ke Asean Market dahulu, sebab waktu operasi Asean Market tutup lebih awal berbanding Lee Garden.
Asean Market ni macam pasar Chatuchak, di Bangkok cuma size nya kecil sikit. Chatuchak tu berganda lagi besar. Sini banyak jual baju. Ada 2 tingkat. Tingkat atas, ada makanan rasanya but i tak pergi tingkat atas. sebab ntah la. i malas kot time tu nak jalan jalan. mood i memang lari kot time trip ni, ntah kena sampuk apa pon taktau la.
Antara 2 market ini, i lebih prefer Lee Garden.
Gambar bawah adalah di Lee Garden pula. Lee Garden ni macam pasar malam yang panjang. Sini kalau nak urut, memang FULL GILA. dan bercampur laki perempuan. jenuh nak cari tempat urut. end up tak pergi urut pon, sebab semua tempat full!
Dinner udang galah. udang adalah separuh masak. bila kau order, dia akan goreng lagi sekali.
ada banyak size. yang size besar 500 baht per pinggan, dalam RM67 begitu lah.
ramai gila. meja ada beberapa ketul je but orang nya ramai. kalau nak dapat meja, kena tunggu. ktorang dapat meja sebelah kuali. bayangkan lah minyak merecik2 ke kepala. haha
Our room! alhamdulillah hotel yang di sediakan memang bersih dan selesa. ruang pon luas. 1 bilik 2 pax. ada tv, dapat TV3. Nama hotel adalah Sakura Budget.
cuma kalau backpackers, tak berapa sesuai duduk sini sebab location nya bukan dalam kawasan walkable ke market. kena ambil tuk tuk.
ok thats all for my 1st post on Hat Yai. akan tulis lagi in another post on Day 2, ok?
xoxo
0 comments