Cameron Highlands 3D2N

by - 9:01 AM

Trip to Cameron Higlands, 3 days 2 night. Bertolak pagi, daripada Selangor dan sampai sedang elok for lunch di Tapah

Kalau you taktau nak lunch di mana, masuk je tol Tapah tu, traffic light tol, ke kanan around 1 minute sahaja sebelah kiri akan ada medan selera ikan bakar dan nasi campur. Lauk dia BANYAK JENIS!!

if dont know, you can try to waze, Gerai Rosyadah dan Desya - Ikan Bakar Tapah atau D'Ruby Restaurant. Dua-dua kedai makan kitorang dah cuba, memang terbaik untuk lunch sebelum naik Cameron. 



AIR PANAS KUALA WOH

1st stop, masuk Kuala Woh kejap saje saje main air, rasa air panas. caj masuk adalah RM2 per person + RM2 per kereta. Aku taktau la bila dorang start caj sebab zaman kecil2 dulu, takde caj pon. but bagus lah dorang caj. memang nampak kawasan tu dipelihara dengan baik, bersih dan cantik.






LATA ISKANDAR

2nd stop, Lata Iskandar. Disebabkan datang time weekdays, so tak crowded, parking senang. tak banyak gerai buka, so sebab tu la you kena lunch siap-siap kat Tapah tadi so that tak kebulur sepanjang nak naik Cameron.







LORD'S CAFE

Scones hunting. Petang tu nak minum petang but ntah kenapa semua tempat tutup, end up pergi try scones di Lord's Cafe. 

RM20+ for all in picture below.



small local cafe atas Marrybrown, Tanah Rata. antara semua scones kitorang survey, sini yang paling murah, RM2.30 je for 1 scone along with cream + strawberry jem + butter. and paling penting, SEDAP!

semua self service. order kena tulis sendiri, bayar then dorang akan panggil untuk collect di atas meja depan. 

** cafe ini ala-ala Christian chapel cafe sikit tau, hehee' but judging from the name of the cafe itself 'LORD' pon dah boleh tahu kot kannnn, so pastikan kalau korang pergi, pergi lah dengan yang "sekepala" if you know what i mean.   :)



COPTHORNE Hotel

Checked in Copthorne for our 2 nights here. Hotel lama, so takleh expect lebih-lebih sangat, but hotel ini je yang ktorang selesa untuk duduk daripada dulu lagi.

Trip Cameron sebelum ini stay Zetter Suites. not recommended. i even left them a complain on their google review.






HIGHLAND STEAMBOAT CHEESE & GRILL (CAW KE-2)

Viral di tiktok, so meh laa kita cuba steamboat di sini. Tak mengecewakan.  Datang awal kalau nak meja. kitorang datang around 7pm gitu pon sipi-sipi je dapat meja kat luar. kalau datang lewat lagi, terpaksa laa korang beratur.

kuah ada 2 jenis, sup dan tomyam. but kitorang ambil tomyam. seafood ada udang, ketam, pahat, scallop. Ayam, kambing, daging macam-macam jenis perapan. dan variaties of bebola.

Mee pon ada beberapa jenis, but end up makan with maggi jelah yang sedap untuk steamboat. dessert ada ice kisar sendiri ala2 abc basic dan ada ice cream. dan last, buah-buahan like oranges and tembikai.

RM35 per pax + RM10 add on cheese. Bayar dahulu, then baru dapat meja. service tiptop, laju! 




KHM Strawberry Farm

Scone hunting. takde laa suka sangat scone, but dah sampai Cameron ini, layan jelah. 

RM4 per piece or RM17 per set for 4 pieces of scones + set of tea.  Hanya ada scones original flavour sahaja, comes with cream + strawberry jam.
Ada nasi lemak sambal strawberry or kuey teow kalau you tak nak sekadar scones je.

Susah nak parking di kawasan ini kalau ramai orang. kitorang parking di parking berbayar RM5 kat bawah.

This place is another option kalau korang malas nak beratur panjang-panjang kat Abang strawberry or Opah Farm. kitorang plan nak makan Opah Farm tu (Abang strawberry tutup time tu), but kena tunggu queue of 8 keluarga, hmm memang tak laaa aku.





UNC SAM FARM

Jalan jalan sementara tunggu hujan reda sebelum masuk flora park.








CAMERON HIGHLANDS FLORA PARK

RM50 per pax.

Ada parking khas where you have to park your car, then naik 4x4 dorang. unlimited time, maksudnya kalau you masuk, ikut suka laa nak keluar bila-bila masa. ada ruang menunggu nak naik 4x4 tu, dan tak tunggu orang. maksudnya, sikit or ramai, dorang jalan je.

staff semua service bagus. banyak gila soalan aku tanya sebelum pergi, semua persoalan aku dorang jawab kat kawasan parking tu.

bayar parking tu cashless parking tau. so topup la siap-siap touch n go.  bayaran nak masuk floral park tu pula, di atas sana nanti. kitorang bayar pakai CC walaupon di kaunter tulis 'cash only'  :)

ada indoor garden, dan outdoor garden. dekat je dengan tempat parking, dalam 5 mins gitu, but memang kena naik 4x4 dorang, sebab jalan kecil dan berbukit. sampai sana, akan masuk indoor garden dulu. CANTIK!!! dah la datang on weekdays, so tak ramai orang, berbaloi laa tangkap gambar puas-puas tanpa gangguan.

but... i pergi time hujan! hujan lebat pula tu. kawasan outdoor masih cantik cuma tu la, lighting gambar jelah tak cantik. 

** kalau nak lagi berbaloi, sila datang lagi 2 bulan daripada post blog ini. sebab ada kawasan garden yang belum di buka lagi. staff kata tunggu lagi 2 bulan, baru dorang buka **

kalau gegirls nak OOTD pastikan bawa laaaa kasut lain / selipar selain heels. memang kat situ girls pakai heels weh, ajaib betul kaki korang haha.

ini kawasan indoor.






yang kawasan bunga pink ini adalah kawasan meja picnic. harga bayaran lain, bermula daripada RM60 kot kalau tak silap.





ini kawasan out door.  you kena naik tangga panjat bukit. lenguh. atas bukit ada cafe. 






the famous white stairs. time ini hujan renyai, so memang tak ada orang. dorang ada sediakan payung untuk semua orang  :)


overall, dalam 2 -3 jam dah mencukupi untuk cover semua termasuk bergambar. 




CAMERON VALLEY TEA HOUSE / BHARAT TEA SG PALAS

Bharat Tea tu macam tempat wajib pergi kalau datang Cameron but di sebabkan baru je pergi bulan October lepas, so we skipped it. 

if not, boleh opt for Cameron Valley punya ladang teh, tepi jalan je otw naik Cameron. still cantik.


Thats all! thanks for reading!







You May Also Like

0 comments